◉ HEADLINES

Penerbit filem tempatan perlu kerjasama dengan penerbit luar bagi tembusi pasaran luar negara

Sudah ada penerbit filem tempatan yang bekerjasama dengan penerbit luar negara dan filem yang dihasilkan mendapat sambutan di Taiwan serta Kemboja

11:33 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) berharap lebih ramai penerbit atau produksi filem tempatan meneroka kerjasama dengan penerbit luar negara bagi membolehkan karya mereka menembusi pasaran luar, khususnya di Asia Tenggara.

Presiden PFM Panchacharam Nalliah atau Pansha berkata ini terbukti dengan kejayaan penerbit filem sebelum ini yang bekerjasama dengan penerbit luar negara, dan filem yang dihasilkan mendapat sambutan di Taiwan serta Kemboja.

“Misalnya, kalau kita nak bawa filem pergi ke Thailand, memang tak laku kerana (masalah) bahasa. Mereka di sana memerlukan sesuatu yang berbeza daripada kita, seperti menjemput artis mereka dan sebahagian penggambaran mungkin boleh dilakukan di negara itu.

 “Kita tidak boleh duduk di sini sahaja. Sekarang peluang amat terbuka dan cuba bina hubungan dengan penerbit (luar negara) dan pergi ke penganjuran festival filem mereka, fahami dan dapatkan pandangan mereka. Ini adalah situasi menang-menang,” katanya kepada Bernama, di sini hari ini.

Presiden PFM Panchacharam Nalliah atau Pansha berkata, sekarang peluang amat terbuka dan penerbit tempatan perlu cuba bina hubungan dengan penerbit luar negara – Gambar Facebook PFM, 11 Jun, 2024

Sementara itu, beliau berkata pihaknya akan menganjurkan satu sesi “town hall” pada Ogos ini dengan menjemput pakar dari luar negara untuk berkongsi maklumat tentang platform penstriman atau Over The Top (OTT) dengan lebih 200 penerbit tempatan. 

“Populariti OTT semakin meningkat selari dengan kemajuan teknologi seperti penggunaan peranti mudah alih membolehkan pengguna menontonnya di mana-mana sahaja. 

“Jadi, sekiranya kandungan atau filem tempatan dapat ditayangkan di sini, ia dapat menjadi sumber pendapatan kepada penerbit,” katanya. – 11 Jun, 2024

Topics

 

◉ Popular

Lower assessment rates for PJ properties, but up to 25% higher quantum due to property value

MBPJ set to review real estate taxes for 2025, 33 years after last revision

What will we call for next? A ban on cheap cigarettes, tuak and kapcais? – Rocky Bru

While concerns over drug-laced vapes grow, a blanket ban could backfire by wiping out businesses, threatening jobs, pushing trade underground amid weak enforcement and open tank loopholes

Six foreign players max on matchday under new MFL rule

Set to start in 2025-2026 M-League season, new quota reflects MFL’s commitment to strengthening national squad, ensuring clubs spend within their means

◉ Related