HEADLINES

Keputusan Siti Nurhaliza sertai David Foster di Jakarta sangat mengecewakan: BDS Malaysia

BDS Malaysia berkata penggubah lagu terkenal David Foster yang berasal dari Kanada itu adalah penyokong kuat rejim Zionis dan turut menyalurkan dana buat FIDF

11:33 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Keputusan penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza untuk mengadakan pertunjukan di Jakarta, Indonesia, malam ini, di acara Hitman Returns – David Foster and Friends disifatkan sebagai sangat mengecewakan.

Pertubuhan Boycott, Divestment and Sanctions (BDS) Malaysia dalam kenyataannya berkata, ini kerana penggubah lagu terkenal David Foster yang berasal dari Kanada itu adalah seorang yang kuat menyokong rejim Zionis.

“Beliau sering terlibat dalam usaha menyumbang dana kepada tentera rejim Zionis Israel dalam acara yang dianjurkan oleh Friends of Israel Defence Forces (FIDF).

“Dalam keadaan sekarang di mana lebih 36,000 rakyat Palestin dibunuh dengan kejam oleh tentera rejim Zionis Israel semenjak 7 Oktober 2023 dan masih terus melakukan pembunuhan kejam di Gaza dan Tebing Barat, keputusan Siti Nurhaliza untuk menyertai pertunjukan yang dianjurkan oleh David Foster adalah sangat mengecewakan,’’ katanya dalam satu kenyataan hari ini.

BDS Malaysia turut berharap semua pihak sama ada artis, ahli perniagaan, ahli sukan, pihak kerajaan dan rakyat biasa menunjukkan sikap yang lebih peka terhadap kesengsaraan yang dialami oleh rakyat Palestin sejak 1948.

“Tindakan paling minima yang boleh dilakukan ialah memboikot rejim Zionis Israel serta organisasi dan individu yang terlibat secara langsung dengan kezaliman yang sedang berlaku di Palestin,’’ katanya. – 15 Jun, 2024

Topics

 

Popular

Foreign workforce drops 13% as Malaysia pushes local hiring

Government maintains hiring freeze, prepares new levy system to curb dependency by 2030

SIC quashes F1 return rumours for 2026

Speaking to Scoop, SIC chief executive officer Azhan Shafriman Hanif said the SIC has not approached F1 or has any agreement to bring the race back. 

Malaysia’s longest river bridge opens, linking Sebuyau and Maludam

The RM848.75 million Batang Lupar No. 1 Bridge marks a new era in Sarawak’s coastal connectivity, replacing decades-old ferry crossings

Related