HEADLINES

‘Tak rugi ubah budaya terlalu bergantung, kena merdekakan diri’, kata Sanusi

Sebagai contoh, ada penduduk yang masih meminta kerajaan negeri membaiki rumah yang rosak meskipun rumah dan tanah disediakan

1:25 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mahu penduduk tidak terlalu bergantung kepada kerajaan negeri kerana budaya penggantungan keterluan akan menyebabkan mereka tidak merdeka dan mudah diperkotak-katikkan.

Sambil menyifatkan ia sebagai budaya yang perlu diubah, Sanusi berkata, beliau mahu semua orang mendapat kebebasan dan membuat pendirian berdasarkan ilmu dan iman.

Beliau memberi contoh di mana ada penduduk yang masih meminta kerajaan negeri membaiki rumah yang rosak meskipun rumah dan tanah disediakan.

“Saya rasa ini budaya yang perlu diubah. Tidak ada apa-apa kerugian pun kalau ubah budaya bergantung kerana penggantungan yang keterlauan akan menyebabkan kita tak merdeka.

“Orang akan perkotak katik kita, (nanti) kalau tak undi, tak repair (baiki) rumah. Tak merdeka la kita.

“Saya nak merdekakan semua orang atas nama kebebasan sebagaimana dilahirkan atas muka bumi. Buat pendirian berdasarkan ilmu dan iman… baru buat pilihan baik,’’ katanya ketika berucap pada majlis kunci projek Rumah Sejahtera, di Kedah, semalam.

Mengulas lanjut, beliau meminta penduduk di negeri itu yang menerima tapak rumah daripada kerajaan supaya mempunyai kesungguhan untuk membina rumah dan tidak menjualnya.

“Jika agensi kerajaan berusaha memberikannya, maka mereka juga perlu menyambut usaha berkenaan.

“Kita berikan tanah dan infra yang secukupnya tapi rumah suruh kita pulak (bina),’’ katanya.

Pada majlis itu, Sanusi turut menyerahkan replika kunci kepada 50 penerima Rumah Sejahtera jenis Semi-D seluas 750 kaki persegi yang dibina di tanah sumbangan Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) seluas 1.8 hektar.

“Rumah ini dijual pada harga hanya RM36,000 seunit yang jauh lebih rendah berbanding harga sebenar di pasaran.

“Peruntukan kerajaan Persekutuan untuk projek ini adalah sebanyak RM5,169,900, namun kos keseluruhan projek ini adalah sebanyak RM5,712,655. Ini bermakna Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) telah menanggung kos tambahan untuk menjayakan projek ini,” katanya. – 15 Jun, 2024

Topics

 

Hangat

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

‘It’s unsettling’, Mirzan Mahathir’s family shaken as Cartier, Rolex, among RM1.8mil in valuables stolen from home

Burglars ransacked the family home while daughter was present, leaving the family devastated as police launch a full investigation

Government to roll out targeted RON95 subsidy using IC-based verification

Tech-driven mechanism aims to curb misuse and ensure only deserving Malaysians benefit from subsidised fuel

Related