HEADLINES

Pemandu, kelindan ‘hilang’ selepas lori ayam terjunam dalam sungai

Kelibat mereka gagal dikesan selepas kenderaan yang dinaiki terlibat kemalangan dengan sebuah treler di Kilometer 63.7 arah Selatan dekat Ayer Hitam, Johor malam tadi

1:29 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pemandu dan kelindan lori membawa muatan ayam dipercayai melarikan diri selepas kenderaan dinaiki mereka terlibat kemalangan dengan sebuah treler di Kilometer (KM) 63.7 arah Selatan dekat Ayer Hitam, Johor malam tadi.

Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan (PBK) II, Norhisam Abdul Ghani memaklumkan, kemalangan tersebut menyebabkan lori membawa muatan ayam itu terjunam ke dalam sungai.

“Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 10.41 malam.

“Seramai 14 anggota bergegas ke lokasi kejadian bersama 2 jentera Fire Rescue Tander (FRT) dari Balai Bomba Penyelamat (BBP) Renggam dan Ayer Hitam,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Norhisam berkata, seorang mangsa dipercayai pemandu treler ditemukan cedera dalam kemalangan itu, namun pemandu dan kelindan lori ‘gagal dikesan’.

“Kami melakukan kerja mencari dan mengenal pasti mangsa yang mungkin terjatuh ke dalam sungai.

“Namun, polis memaklumkan pemandu dan kelindan lori membawa muatan ayam tidak dapat dikesan,” katanya. – 20 Jun, 2024

Topics

 

Hangat

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Malaysia pulls the plug on Kuwaiti Hornet deal after years of turbulence

RMAF walks away from costly, outdated aircraft amid rising concerns over integration, support, and long-term value

Related