HEADLINES

Pertukaran ke IPv6 penting untuk keselamatan negara dan pembangunan ekonomi: Derek Fernandez

Kata Derek Fernandez, negara dalam proses peralihan dari sistem IPv4 ke IPv6 untuk peraturan dan protokol yang lebih ketat

5:51 PM MYT

 


PETALING JAYA – Pendaftaran alamat internet sendiri mampu menangani ancaman siber sekuriti termasuk memiliki Protokol Internet (Internet Protocol) versi 6 (IPv6), kata Anggota Suruhanjaya Multimedia dan Komunikasi Malaysia (MCMC), Derek Fernandez.

Ketika ini, katanya, negara dalam proses peralihan dari sistem IPv4 ke IPv6, untuk peraturan dan protokol yang lebih ketat.

IPv6 adalah protokol yang menyediakan alamat IP yang unik kepada setiap pengguna dan membolehkan lebih banyak peralatan untuk disambungkan, selain ruang alamat yang lebih besar untuk keselamatan multimedia dan keupayaan untuk konfigurasi automatik.

“Kedaulatan sesebuah negara bergantung kepada kuasa mereka untuk mengawal alamat dan IPv sendiri, memandangkan data adalah sebahagian daripada aset negara.

“MCMC berpegang kepada Seksyen 171 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang mana kuasa atas alamat internet ini sebenarnya dalam milikan MCMC dan kerajaan Malaysia.

“Pada masa ini, kita perlu memohon kepada badan pemantau antarabangsa apabila ia melibatkan alamat IP.

“Namun kita juga memohon untuk mempunyai alamat sendiri. Saya percaya setiap negara yang berdaulat perlu mempunyainya,’’ katanya kepada wartawan selepas menyampaikan ucapan pada seminar Asia Pacific Certified IPV6 Migration Strategy for Regulators and Governing Authorities di sini hari ini.

Dalam ucapannya, Fernandez menekankan pentingnya bagi sesebuah negara untuk mempunyai badan bagi mentadbir sumber digital sendiri memandangkan ia kritikal kepada keselamatan negara dan pembangunan ekonomi.

“Kawalan alamat untuk penghantaran, komunikasi, maklumat dan data menggunakan alamat IP, di negara anda, mesti dimiliki oleh anda.

“Data ini tidak boleh menjadi milik negara lain kecuali negara di mana alamat itu didaftarkan.

“Pada pandangan saya, saya percaya kerajaan menerusi MCMC, telah memulakan langkah untuk mewujudkan pendaftaran internet kebangsaan dan saya berharap negara lain akan mengikutinya,’’ katanya.

Fernandez, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Penyalahgunaan Dalam Talian dan Keselamatan Maklumat MCMC berkata, forum dua hari bermula hari ini antaranya akan membincangkan kebaikan penggunaan IPv6 yang menggunakan alamat lebih panjang dengan banyak kelebihan dari segi keselamatan dan kegunaan selain dapat mengurangkan jenayah seperti penipuan dalam talian. – 20 Jun, 2024

Topics

 

Hangat

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Govt has settled RM42bil of 1MDB debt, total obligations exceed RM50bil: Anwar

Anwar reveals over RM9 billion in remaining debt, with government funds covering the shortfall

Solat Jumaat di pusat beli-belah: Zulkifli galak negeri lain turut serta

Menteri Agama Dr Zulkifli Hasan mengalu‑alukan negeri lain mencontohi Wilayah Persekutuan yang sudah mula laksana solat Jumaat di pusat beli‑belah, sambil merancang perluasan ke terminal, lapangan terbang dan R&R lebuh raya

Related