◉ HEADLINES

Ringgit lemah beri impak penurunan ranking daya saing Malaysia

Salah satu indikator yang paling besar adalah kestabilan ringgit yang memberikan kesan kepada produktiviti dan keberkesanan kerana semua ini berkaitan kepada kestabilan

2:35 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kelemahan ringgit yang berlaku pada 2023 memberi impak besar kepada penurunan kedudukan Malaysia dalam Ranking Daya Saing Global (WCR) 2024.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (Miti), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, data yang diambil dalam WCR 2024 adalah berdasarkan prestasi ringgit tahun lalu, sekali gus menjadikan berlakunya jurang tahunan indikator-indikator utama pada 2024.

“Salah satu indikator yang paling besar adalah kestabilan ringgit yang memberikan kesan kepada produktiviti dan keberkesanan kerana semua ini berkaitan kepada kestabilan.

“Seperti yang kita semua tahu, ringgit banyak terjejas pada 2023 jadi daya saing kita terjejas disebabkan itu. Tetapi tahun ini ringgit semakin mengukuh dan kedudukan kita akan memberikan momentum yang lebih baik untuk WCR 2025,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan The Centralised Sustainability Intelligence (CSI) Solution oleh Bursa Malaysia di sini, hari ini.

Malaysia berada di kedudukan ke-34 daripada 67 negara dalam WCR 2024 dan keempat dalam kalangan negara di Asean selepas Singapura, Thailand serta Indonesia.

Malaysia jatuh tujuh anak tangga daripada kedudukan ke-27 yang dicatatkan pada tahun lalu.

Penurunan Malaysia dapat dilihat dengan jelas merentasi hampir semua faktor yang dinilai termasuk prestasi ekonomi, kecekapan kerajaan dan kecekapan perniagaan.

Menurut laporan terbaharu IMD, cabaran utama bagi Malaysia adalah untuk meningkatkan pelaburan dalam penyelidikan dan pembangunan bagi meningkatkan daya tahan perniagaan, mengoptimumkan pasaran buruh untuk memaksimumkan produktiviti tenaga kerja, dan mengemas kini dasar dan peraturan untuk meningkatkan daya saing global.

Cabaran lain termasuk memanfaatkan teknologi termaju untuk mempercepatkan pertumbuhan produktiviti, serta mengurangkan peningkatan kos melalui peningkatan produktiviti strategik. – 21 Jun, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Can Malaysians be more friendly? Country 24th in friendliness, welcome for expats

2024 ranking a slide from 15th spot in previous year, locals in Philippines, Indonesia and Thailand easier to befriend

◉ Related