◉ HEADLINES

Tuntutan palsu RM125,000 bekal makanan asrama sekolah, guru besar ditahan SPRM

Kualiti bekalan dalam tuntutan berkenaan didakwa tidak sama dengan jumlah sebenar yang dibekalkan

2:34 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sarawak menahan reman seorang guru besar kerana disyaki terlibat membuat tuntutan palsu bernilai kira-kira RM125,000.

Menurut sumber, siasatan awal mendapati, suspek bersubahat dengan sebuah syarikat ketika membuat tuntutan palsu tersebut berkait pembekalan makanan ke asrama sebuah sekolah di Bintulu, Sarawak.

Namun katanya, kualiti bekalan dalam tuntutan berkenaan didakwa tidak sama dengan jumlah sebenar yang dibekalkan.

“Suspek yang merupakan seorang lelaki berusia dalam lingkungan 50-an telah ditahan kira-kira jam 9.30 malam pada 24 Jun lalu di sebuah sekolah di daerah berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sumber memberiahu, susulan penahanan itu, suspek telah dibawa ke Mahkamah Majistret Bintulu pada 25 Jun dan perintah reman selama enam hari bermula dari 25 hingga 30 Jun dikeluarkan Majistret Galvin Loo Wei Ling.

Sementara itu Pengarah SPRM Negeri Sarawak, Hasbilah Mohamad Salleh ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009. – 26 Jun, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

◉ Related