HEADLINES

Kandungan insaniah akan diperbanyak dalam sampaikan maklumat kepada rakyat: Fahmi

Penyedia kandungan kreatif juga disaran untuk lebih menerapkan nilai Islam dan nilai-nilai murni dalam kandungan mereka

6:14 PM MYT

 

SEPANG – Kandungan yang memfokus kepada tema insaniah akan diperbanyak dalam usaha menyampaikan maklumat kepada rakyat, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.

Beliau berkata perkara itu akan dibincang bersama dengan agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Digital dalam masa terdekat.

“Saya akan bincang dengan beberapa agensi… kalau sebelum ni kita ada dana kandungan yang memfokus kepada kenegaraan tapi mungkin (kini) kita kena fokus kepada aspek insan itu.

“Jadi, saya nampak ada beberapa perkara yang selepas ini saya akan bawa ke agensi-agensi dan kita terapkan,” katanya kepada pemberita semasa menghadiri Program World #QuranConvention 2023 di sini hari ini.

Fahmi, yang merupakan ahli panel dalam diskusi bertajuk Revealed Wisdom and Creative Media, berkata penyedia kandungan kreatif juga disaran untuk lebih menerapkan nilai Islam dan nilai-nilai murni dalam kandungan mereka.

Beliau juga berkata lebih banyak bengkel penulisan perlu dianjur bagi mencungkil bakat yang mampu menghasilkan kandungan kreatif yang mengangkat nilai-nilai murni dan sebagainya.

“Dalam Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), ada beberapa bengkel yang ditujukan khas untuk pembikinan skrip filem tapi mungkin kita boleh anjurkan beberapa bengkel lain dengan menerapkan nilai-nilai murni serta Islamik supaya kandungan yang dihasilkan itu profesional, mantap dan diminati,” katanya.

 Bertemakan Serve To Be Served: A Divine Guidance From Surah al-Insaan, Program World #QuranConvention 2023 yang memfokus kepada kepentingan berkhidmat kepada ummah berasaskan ajaran al-Quran serta mengaplikasikannya dalam kehidupan diri, keluarga, organisasi dan negara itu disertai 1,800 orang.

Konvensyen di bawah naungan Jabatan Kemajuan Islam itu juga adalah inisiatif bagi menggalakkan umat Islam untuk membaca, memahami selain melaksanakan ajaran al-Quran dalam membentuk pemikiran serta budi pekerti mereka berdasarkan al-Quran dan Hadis. – 2 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Spotify hikes Premium subscription fees by RM1 to RM3 in Malaysia

Subscribers will face higher monthly payments across all Premium plans, effective from September

Related