HEADLINES

Mustapa tidak akan bertanding pilihan raya, ‘saya sudah pencen daripada politik’

Saya sudah meletakkan jawatan sebagai ahli dan semua jawatan dalam parti Bersatu pada 30 September 2023, kata Tok Pa

5:36 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed tetap berpegang teguh kepada pendiriannya untuk tidak bertanding pada mana-mana pilihan raya.

Mustapa atau Tok Pa berkata, pendirian itu sama seperti ditegaskan beliau pada November 2022.

“Saya ingin memaklumkan bahawa saya sudah meletakkan jawatan sebagai ahli dan semua jawatan dalam parti Bersatu pada 30 September 2023.

“Saya mengulangi sekali lagi kenyataan yang dikeluarkan pada 2 November 2022 bahawa saya sudah ‘pencen’ daripada politik, apabila membuat keputusan untuk tidak bertanding dalam PRU-15,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai merujuk kepada kenyataan Pengerusi Bersatu Kelantan, Datuk Kamaruddin Mohd Nor, seperti didakwa dilaporkan sebuah portal mengenai calon pilihan raya di dua kawasan Parlimen di negeri berkenaan, iaitu Jeli dan Gua Musang.

Terdahulu, Kamaruddin dilaporkan berkata, Bersatu Kelantan sedia memberi laluan kepada ahli politik berpengaruh, termasuk bekas Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa dan Mustapa bertanding di Parlimen Gua Musang serta Jeli, sekiranya Pilihan Raya Kecil (PRK) diadakan.

Namun, katanya, perkara itu boleh dilaksanakan jika mendapat persetujuan pucuk pimpinan Bersatu dan Perikatan Nasional (PN). – 28 Jun, 2024

Topics

 

Hangat

Jho Low is now ‘Constantinos Achilles’, lives luxuriously in Shanghai: US reporters

The former playboy financier linked to 1MDB scandal is allegedly using a fake Aussie passport to move around China

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Related