HEADLINES

‘Kadang saya menyampah dengan Menteri Pendidikan, dia rasa dia terlalu pandai’ Afif bidas isu protes guna undi

Dr Afif Bahardin bertanya, jika kertas undi bukan cara terbaik untuk protes, apa lagi cara yang ada?

3:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek perlu belajar lagi mengenai erti kebebasan menurut Perlembagaan negara jika beliau beranggapan kertas undi bukan cara terbaik untuk menyatakan protes terhadap kenaikan kos sara hidup selain mencemarkan proses demokrasi, kata Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Dr Afif Bahardin.

Afif yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Taman Medan berkata, Fadhlina tidak sepatutnya sombong dalam bidang politik sebaliknya perlu mendengar suara rakyat kerana itu adalah tanggungjawabnya.

“Kadang-kadang saya menyampah dengan Menteri Pendidikan ni, kadang-kadang dia rasa dia terlampau pandai. Saya tengok komen-komen dia termasuk dalam Parlimen, jawapan beliau sebagai Menteri Pendidikan menyebabkan kita risau sebab saya ada anak yang masih bersekolah.

“Kalau inilah level Menteri Pendidikan kita, saya risau dengan masa depan institusi pendidikan negara,’’ katanya menerusi Podcast Duri Hitam episod 1 yang disiarkan secara langsung hari ini.

Kata Afif, Fadhlina Sidek perlu belajar lagi mengenai erti kebebasan menurut Perlembagaan negara jika beliau menyifatkan kertas undi bukan cara terbaik untuk menyatakan protes terhadap kenaikan kos sara hidup – Gambar Facebook Fadhlina Sidek, 29 Jun, 2024

Semalam, Fadhlina, yang juga Ketua Wanita PKR dan Ahli Parlimen Nibong meminta pengundi Sungai Bakap supaya bijak menilai dan tidak mudah termakan dakyah pembangkang yang meminta mereka menunjukkan protes terhadap kenaikan kos sara hidup menerusi peti undi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan itu, 6 Julai ini.

Fadhlina turut menyifatkan tindakan pihak lawan memainkan naratif mengajak pengundi mengambil tindakan itu terhadap Kerajaan Perpaduan boleh mencemarkan proses demokrasi negara.

Baru-baru ini, calon PN, Abidin Ismail mengajak rakyat menjadikan pengundian PRK Sungai Bakap sebagai referendum perasaan tidak puas hati dengan pelaksanaan dasar oleh Kerajaan Perpaduan.

Abidin dilaporkan berkata referendum itu mampu mengikis naraftif yang dimainkan kononnya rakyat sudah mula menerima dasar Kerajaan Perpaduan.

Mengulas lanjut, Afif berkata nasihat yang diberikan oleh Fadhlina itu adalah tidak kena dengan caranya malah jika bantahan rakyat tidak boleh disuarakan menerusi kertas undi maka apa lagi cara yang ada.

“Pada saya kalau Fadhlina nak sebut kertas undi bukan cara terbaik untuk protes, apa lagi cara terbaik. Kalau letak kat media sosial takut kena ‘tangkap’.

“Tak betul cara Menteri Pendidikan nak bagi nasihat kepada pengundi Sungai Bakap. Kalau tak bagi kami undi so nak kepit tepi telinga dia?’’ soal Afif.

Kerusi DUN Sungai Bakap menyaksikan pertembungan antara Abidin mewakili PN dan Joohari Ariffin daripada Kerajaan Perpaduan pada PRK 6 Julai ini.

PRK itu diadakan susulan kematian penyandangnya, Nor Zamri Latiff pada 24 Mei lepas akibat keradangan dalam perut. – 29 Jun, 2024

Topics

 

Hangat

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Court orders MYAirline co-founder to repay over RM8mil to investors

Datuk Allan Goh and four associated companies are directed to return funds after failing to meet financial obligations to 15 investors

Related