Konflik Israel-Palestin: EU kuat kuasakan pemantauan platform media sosial

Kesatuan Eropah guna Akta Perkhidmatan Digital untuk bendung berita palsu, cetus kemarahan

11:12 AM MYT

 


KUALA LUMPUR — Akta Perkhidmatan Digital (DSA) Kesatuan Eropah (EU) kini sedang dikuatkuasakan dengan pantas dalam usaha meredakan kekacauan yang berpunca daripada konflik terbaharu di Timur Tengah.

Meta, Tik Tok dan X (dulunya dikenali sebagai Twitter) telah diberi amaran oleh EU supaya tidak menyebarkan maklumat salah dan pandangan yang diputar-belit dalam konflik Israel-Palestin.

Ditengah-tengah serangan oleh Hamas ke atas orang awam Israel dan tindak balas Israel yang mengakibatkan kematian, kerajaan mengambil sikap berjaga-jaga memandangkan setiap penyokong mempunyai pandangan masing-masing berhubung konflik tersebut.

Menurut laporan BBC awal hari ini, EU menggesa Ketua Pegawai Eksekutif Tik Tok, Shou Zi Chew untuk “menyegerakan usaha” serta menyatakan “dalam 24 jam akan datang” bagaimana platform itu mematuhi undang-undang Eropah. Ia berkata TikTok perlu mengambil kira popularitinya dalam kalangan orang muda.

“TikTok mempunyai kewajipan untuk melindungi kanak-kanak dan remaja daripada kandungan ganas, propaganda pengganas, cabaran berani mati serta konten yang berpotensi mengancam nyawa,’’ kata pesuruhjaya EU, Thierry Breton dalam X.

Breton juga menuntut X dan Meta membuktikan bagaimana mereka mengambil tindakan ‘tepat, teliti dan objektif’.

Firma-firma media sosial telah menyaksikan kandungan peningkatan maklumat yang salah berhubung konflik berkenaan, termasuk imej yang diubah suai dan video yang diberi tajuk palsu.

EU telah memberi amaran kepada X milik Elon Musk pada Isnin (9 Oktober); dan Meta yang memiliki Facebook serta Instagram semalam, untuk tidak membenarkan kandungan seumpama itu di platform mereka. X diberi masa 24 jam pada Selasa (10 Oktober).

Ketua Eksekutif X, Linda Yaccarino berkata ia telah mengeluarkan atau menapis beribu-ribu konten sejak Hamas menyerang Israel.

Beliau juga berkata, ia telah mengeluarkan beratus-ratus akaun. Beliau memuat naik di X:
“Setiap hari kita diingatkan tentang tanggungjawab global untuk melindungi perbualan awam dengan memastikan setiap orang mempunyai akses kepada maklumat semasa dan melindungi platform untuk semua pengguna kami.

“Sebagai tindak balas kepada serangan ke atas Israel oleh Hamas, kami telah mengagihkan semula sumber dan menumpukan semula pasukan dalaman kami yang bekerja sepanjang masa untuk menangani perkembangan ini.”


Meta juga telah diberikan amaran sama mengenai penyebaran maklumat salah – dan batas waktu 24 jam – oleh EU.

Jurucakap Suruhanjaya Eropah berkata, “komunikasi sedang dijalankan” dengan pasukan-pasukan pematuhan syarikat.

Jurucakap Meta memaklumkan BBC: “Selepas serangan pengganas oleh Hamas ke atas Israel pada Sabtu, kami telah menubuhkan pusat operasi khas dengan segera yang dikendalikan oleh pakar-pakar, termasuk mereka yang fasih bahasa Ibrani dan Arab, untuk memantau serta bertindak balas dengan teliti terhadap perkembangan pesat ini.”

“Pasukan kami bekerja sepanjang masa untuk memastikan platform ini selamat, mengambil tindakan ke atas kandungan yang melanggar polisi atau undang-undang tempatan, menyelaras dengan penyemak fakta pihak ketiga di rantau ini untuk mengehadkan penyebaran maklumat salah. Kami akan meneruskan usaha ini ketika konflik ini berlaku.”

Yaccarino menambah, syarikat telah ‘mengagihkan semula sumber dan memfokus semula pasukan dalaman’ untuk menangani kandungan palsu atau salah.

Dalam suratnya kepada EU, beliau berkata X telah memberikan maklum balas kepada lebih 80 pemintaan EU untuk membuang kandungan, selain menambah nota kepada kandungan tertentu, yang memberikan konteks kepada kandungan tersebut.

“Lebih 700 nota unik yang berkaitan dengan serangan dan kejadian itu dipaparkan di X,” katanya.

“Nota ini dipaparkan kepada tambahan 5,000+ hantaran yang mengandungi imej dan video yang sepadan. Jumlah ini akan meningkat secara automatik jika imej dan video itu digunakan semula dalam hantaran baru.”

EU memperkenalkan undang-undang baharu pada Ogos 2023 bagi mengawal selia kandungan yang dimuat naik dalam talian.

DSA memerlukan apa yang digelar ‘platform dalam talian yang sangat luas’ untuk menghapuskan ‘kandungan haram’ dengan aktif, dan menunjukkan mereka telah mengambil langkah perlu untuk berbuat demikian.

DSA membenarkan EU untuk menjalankan temubual dan pemeriksaan, jika ia tidak berpuas hati maka siasatan rasmi akan diteruskan.

Jika ia memutuskan bahawa platform tidak mematuhi atau menangani masalah yang telah dikenalpasti dan risiko membahayakan penggguna, suruhanjaya boleh mengambil langkah lebih drastik.

Ini termasuk denda yang lebih berat dan pilihan akhir ialah meminta hakim mengharamkan plafrom dari EU untuk sementara waktu. – 15 Oktober, 2023

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

Casino a practical source of charity funds, no threat to faith, Tawfik Ismail tells Johor MB

Son of Tun Dr Ismail Abdul Rahman cites work of Noah Foundation using profits from Genting

Hartalega Holdings falls prey to ransomware attack, internal systems down

According to an urgent notice sent out by its IT team to personnel in the Bursa-listed firm’s wholly-owned subsidiaries Hartalega NGC Sdn Bhd and Hartalega Sdn Bhd, a number of applications and softwares are currently inaccessible due to the attack.  

Related