◉ HEADLINES

4 premis urut diarah tutup serta merta, DBKL roboh 57 struktur sekatan dibina tanpa kelulusan

Tindakan penguatkuasaan tersebut dilakukan susulan siasatan dan risikan yang dijalankan selama lima hari di sekitar kawasan berkenaan

3:26 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hari ini mengambil tindakan menutup serta merta empat premis pusat urut tanpa lesen sah yang turut menjalankan aktiviti pelacuran di sekitar Kepong.

DBKL menerusi kenyataan hari ini berkata, pihaknya turut merobohkan 57 struktur sekatan yang dibina tanpa kelulusan di empat premis terbabit.

Pihak berkuasa tempatan itu memaklumkan tindakan penguatkuasaan tersebut dilakukan susulan siasatan dan risikan yang dijalankan selama lima hari di sekitar kawasan berkenaan.

“Sebanyak empat notis di bawah UUK 3(1), Undang-undang Kecil Tred, Perniagaan dan perindustrian (WPKL) 2016 telah dikeluarkan atas kesalahan menjalankan aktiviti perniagaan tanpa lesen sah.

“Selain itu, sebanyak 57 struktur sekatan yang dibina tanpa kelulusan ke atas empat premis tersebut telah dirobohkan di bawah kesalahan Seksyen 79(1), Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974.

“Keempat-empat premis tersebut juga dikenakan tindakan tutup serta merta dan barangan perniagaan telah disita,” katanya.

Menurut DBKL lagi, kesemua barangan yang disita dibawa dan disimpan di stor Jalan Lombong, Cheras, di sini.

“Pihak DBKL akan meneruskan tindakan dan pemantauan dari semasa ke semasa di lokasi tumpuan yang telah dikenal pasti.

“Sebarang aduan, orang awam boleh berhubung atau menyalurkan maklumat laman sesawang Adu@KL di pautan http://adukl.dbkl.gov.my,” katanya. – 29 Jun, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Ex-national basketball player arrested for alleged sexual harassment against students

Cheras top cop confirms source's claims, says 36-year-old suspect also has multiple simillar reports lodged against him before; source questions why MoE allowed him to teach

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Jho Low is now ‘Constantinos Achilles’, lives luxuriously in Shanghai: US reporters

The former playboy financier linked to 1MDB scandal is allegedly using a fake Aussie passport to move around China

◉ Related