HEADLINES

Guna logo halal tamat tempoh, KPDN serbu kilang biskut di Taiping

Kesemua 940 bungkusan produk pelbagai jenis, 1,800 pelekat serta bungkusan yang dicetak logo halal tidak sah disita bagi tujuan siasatan lanjut

1:04 PM MYT

 

IPOH – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak melakukan serbuan terhadap sebuah kilang biskut di Taiping yang menggunakan sijil halal tamat tempoh, semalam.

Pengarah KPDN Perak, Datuk Kamalludin Ismail berkata, serbuan pada 10 pagi Rabu lepas itu melibatkan pegawai dan anggota KPDN Cawangan Taiping.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan awal mendapati kilang terbabit mengeluarkan produk dengan logo halal untuk diedarkan bagi jualan sekitar Semenanjung Malaysia dan Sabah.

“Pemeriksaan lanjut ke atas pemilik kilang mendapati sijil halal yang dimiliki telah tamat tempoh dan tidak diperbaharu serta tindakan kes sudah diambil di bawah Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kamalludin berkata, pihaknya menyita kesemua 940 bungkusan produk pelbagai jenis, 1,800 pelekat serta bungkusan yang dicetak logo halal tidak sah dan beberapa dokumen berkaitan bagi tujuan siasatan lanjut.

Kamalludin berkata, nilai keseluruhan barangan rampasan dianggarkan berjumlah RM2,422.80 dengan kes disiasat di bawah Perintah (8)(a) Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011 iaitu kesalahan memperaku mana-mana makanan itu adalah halal.

Katanya, jika sabit kesalahan, bagi suatu pertubuhan perbadanan boleh didenda maksimum RM500,000 dan untuk kesalahan kedua atau yang berikutnya didenda tidak melebihi RM100,000.

Bagi individu pula, boleh didenda maksimum RM250,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya, manakala bagi kesalahan kedua atau yang berikutnya, didenda maksimum RM250,000 atau dipenjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

“KPDN memandang serius peniaga yang menggunakan perakuan dan penandaan halal ke atas produk makanan atau barangan keluaran yang melanggar undang-undang mengikut Akta Perihal Dagangan 2011,” katanya. – 5 Julai, 2024

Topics

 

Hangat

Malaysia’s medal tally takes a dent after key sports excluded from Glasgow Commonwealth

OCM accepts decision of badminton and squash, among others, being axed from 2026 Games as organisers plan for a leaner, more financially sustainable event

US returns over US$1.37b in stolen 1MDB assets to Malaysia: Azalina

While Malaysia celebrates the return of US$1.37b in misappropriated 1MDB assets from the US, Law Minister Datuk Seri Azalina Othman Said reveals that the final tally of recovered wealth remains a moving target due to market fluctuations and complex, ongoing global court battles

Malaysia’s longest river bridge opens, linking Sebuyau and Maludam

The RM848.75 million Batang Lupar No. 1 Bridge marks a new era in Sarawak’s coastal connectivity, replacing decades-old ferry crossings

Related