HEADLINES

UK, Jerman gesa gencatan senjata ‘mampan’ di Gaza

Kenyataan bersama itu dikeluarkan selepas Pasukan Pertahanan Israel mengakui tersilap menembak tiga tebusan yang juga rakyatnya sendiri

10:09 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Setiausaha Luar Britain, David Cameron menggesa gencatan senjata “mampan” dalam konflik di Gaza kerana “terlalu ramai orang awam dibunuh” tentera Israel walaupun sasaran utamanya adalah menghapuskan ancaman kumpulan Hamas.

Dalam kenyataan dikeluarkan bersama dengan Menteri Hal Ehwal Luar Jerman, Annalena Baerbock, mereka menegaskan matlamat utama bukan hanya sekadar menamatkan peperangan yang masih berterusan ketika ini.

Sebaliknya mereka berkata, keutamaan adalah mewujudkan kedamaian yang kekal.

“Oleh itu, kami menyokong gencatan senjata, tetapi hanya jika ia mampan. Kami tahu ramai di rantau ini dan lain-lain negara menggesa gencatan senjata segera. Kami menyedari apa yang mendorong desakan ikhlas ini.

“Ia adalah reaksi yang boleh difahami terhadap penderitaan yang teruk, dan kami berkongsi pandangan bahawa konflik ini tidak boleh berlarutan. Itulah sebabnya kami menyokong jeda kemanusiaan baru-baru ini,” kata mereka.

Kenyataan itu dikeluarkan bersama selepas media melaporkan Pasukan Pertahanan Israel (IDF) mengakui tersilap membunuh tiga tebusan warga Israel semasa pertempuran dengan Hamas di Shejaiya, Gaza.

Gesaan Cameron dan Baerbock dibuat selepas media melaporkan Pasukan Pertahanan Israel mengakui tersilap membunuh tiga tebusan warga Israel semasa pertempuran dengan Hamas di Shejaiya, Gaza. Tiga mangsa tersebut (dari kiri) Alon Shamriz, Samer El-Talalqa dan Yotam Haim. – Gambar media sosial, 17 Disember, 2023

Sementara itu, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menerusi sidang media petang semalam berkata, mereka tetap akan meneruskan peperangan di Gaza sehingga pejuang Hamas ditumpaskan sepenuhnya.

Pada masa sama, kesilapan dilakukan tentera Israel sehingga mengorbankan tiga tebusan rakyatnya menimbulkan kemarahan orang ramai sehingga mempersoalkan keselamatan tebusan yang masih ditawan di Gaza.

Menurut laporan siasatan IDF, tiga tebusan itu yang dikenal pasti sebagai Yotam Haim, Alon Shamriz dan Samer El-Talalqa, kesemuanya dalam lingkungan usia 20-an berjaya melarikan diri dari tawanan Hamas.

Bagaimanapun, kesemua mereka memasuki kawasan pertempuran sengit antara tentera Israel dan Hamas di kawasan Shejaiya.

Salah seorang tebusan didakwa membawa sebatang kayu dengan kain putih diikat padanya dan kesemua dilihat menanggalkan baju mereka.

Sebaik sahaja terlihat tiga lelaki itu, seorang askar Israel di atas bumbung melepaskan tembakan dan menjerit ‘pengganas’. – Agensi

Topics

 

Hangat

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Govt has settled RM42bil of 1MDB debt, total obligations exceed RM50bil: Anwar

Anwar reveals over RM9 billion in remaining debt, with government funds covering the shortfall

Solat Jumaat di pusat beli-belah: Zulkifli galak negeri lain turut serta

Menteri Agama Dr Zulkifli Hasan mengalu‑alukan negeri lain mencontohi Wilayah Persekutuan yang sudah mula laksana solat Jumaat di pusat beli‑belah, sambil merancang perluasan ke terminal, lapangan terbang dan R&R lebuh raya

Related