JPSM sahkan tiada pembalakan, penerokaan haram di Ulu Muda: Nik Nazmi

Nik Nazmi berkata walaupun pihaknya telah menerima laporan berkenaan daripada JPSM, pemantauan berterusan akan dilakukan bagi memastikan perkara terbabit benar-benar tidak berlaku

2:00 PM MYT

 

KULIM – Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) mengesahkan tiada sebarang kegiatan pembalakan atau penerokaan haram di kawasan Hutan Simpan Ulu Muda (HSUM) di Sik, kata Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad.

Nik Nazmi berkata walaupun pihaknya telah menerima laporan berkenaan daripada JPSM, pemantauan berterusan akan dilakukan bagi memastikan perkara terbabit benar-benar tidak berlaku.

“Laporan awal JPSM yang kita terima ialah tiada aktiviti pembalakan atau penerokaan yang haram, tetapi kita akan terus teliti sebab kita terima aduan daripada pihak NGO (badan bukan kerajaan) dan sebagainya.

“… daripada apa yang diperkatakan, data daripada satelit dan sebagainya, untuk kita meneliti lanjutlah bagi memastikan memang betul tidak ada pencerobohan di sana,” katanya pada sidang media sempena Lawatan Kerja Program Rumah Ibadat Hijau di Sekolah Menengah Agama Tarbiah Diniah di sini hari ini.

Beliau berkata lembangan di kawasan hutan simpan itu sangat sensitif kerana melibatkan bekalan air untuk tiga negeri iaitu Kedah, Perlis dan Pulau Pinang.

Baru-baru ini NGO berkaitan alam sekitar, RimbaWatch mendakwa kegiatan pembalakan di kawasan HSUM menyebabkan Tasik Muda, yang menjadi sumber air utama kepada pengguna Pulau Pinang dan Kedah, mengalami masalah mendapan selut.

Kajian itu dilakukan menerusi pantauan imej satelit yang mendapati Empangan Muda mula mengumpul mendapan selut sejak Mac 2023, selain keadaan itu didapati semakin membesar pada Oktober lepas.

Sementara itu, Nik Nazmi berkata syor untuk menubuhkan Lembaga Lembangan Ulu Muda bagi menguruskan sumber air di kawasan tadahan air Ulu Muda bukanlah suatu perkara yang baharu.

“… tetapi kita tahu bahawa realiti hari ini Perlembagaan kita menyebut (terkandung) tentang pengurusan sumber air terletak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri. Jadi sebab itu pendekatan yang kita ambil ialah untuk menggalakkan perbincangan antara kerajaan-kerajaan negeri terlibat,” katanya.

Cadangan penubuhan Lembaga Lembangan Ulu Muda dikemukakan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow agar Kerajaan Persekutuan mempertimbangkan entiti itu bagi menguruskan sumber air di kawasan tadahan air di Ulu Muda.

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor kemudian dilaporkan menyifatkan cadangan itu sebagai tindakan campur tangan dalam hal ehwal wilayah Kedah dan bertekad tidak akan membenarkan cadangan seumpama itu dilaksanakan selagi Kedah di bawah pentadbirannya. – 28 Januari, 2024

Topics

Hangat

Closure of Bandar Sri Damansara post office worries local community – Ravindran Raman Kutty

BANDAR Sri Damansara is a unique township that is equipped with almost every amenity, including a dynamic post office. We, through the resident’s association, managed to secure this post office in the late 1990s, and our residents have been enjoying the services to date. 

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

Ibu Zayn Rayyan ‘tinggalkan’ media sosial, tak tahan komen jahat netizen kaitkan dengan pembunuhan

Menurut Zahari Mohd Reba, menantunya itu masih lagi trauma dan terkesan di atas kehilangan Zayn Rayyan, yang ditemukan mati dibunuh di saliran air kira-kira 100 meter dari kediaman mereka di Apartmen Idaman, Damansara Damai pada 6 Disember tahun lalu

Related