◉ HEADLINES

Penganjuran konsert antarabangsa antara tarikan pelancongan, bantu naikkan ekonomi negara

Pelbagai aspek perlu dilihat sebelum penganjuran sesebuah acara hiburan khususnya konsert antarabangsa dijadikan polemik segelintir pihak terutama dari sudut perekomian negara

6:09 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pelbagai aspek perlu dilihat sebelum penganjuran sesebuah acara hiburan khususnya konsert antarabangsa dijadikan polemik segelintir pihak untuk membatalkannya bagi tujuan kepentingan politik atau sebab-sebab lain yang tidak punya fundamental secara logik.

Hakikatnya, penganjuran sesebuah konsert antarabangsa dilihat begitu penting bagi hampir setiap negara maju atau berkembang di dunia kerana mampu menjana pendapatan negara, menggerakkan ekosistem industri kreatif hiburan serta merancakkan industri pelancongan.

Perkara ini tidak perlu disangkal lagi. Sejak 2022 hingga 2023, industri kreatif hiburan tempatan kembali rancak menganjurkan pelbagai jenis acara hiburan termasuk konsert tempatan dan antarabangsa selepas berakhirnya pandemik Covid-19 yang membuatkan semua sektor perekonomian dunia menjadi lesu.

Penganjuran acara hiburan termasuk konsert yang mana sebahagiannya mendapat suntikan dana kerajaan bukan sahaja berjaya mewujudkan ekosistem untuk industri kreatif kembali bernafas semula tetapi juga mewujudkan peluang pekerjaan semua pekerja seni industri muzik.

Mulai dari penyanyi, pemuzik, pengarah muzik, tenaga produksi, tenaga teknikal, pasukan pemasaran, publisiti dan promosi, katering, pengangkutan, pemilik venue konsert, jurumekap dan pemilik butik atau pereka fesyen, semuanya akan berpeluang menikmati hasil perkongsian rezeki ini.

Tidak hanya itu, ia menjadi antara komponen penting yang membantu merancakkan industri pelancongan dan menjana pendapatan ekonomi negara apabila berjaya menarik perhatian pelancong dalam dan luar negara untuk menghadirinya.

Sebagai bukti, konsert Blackpink dan Coldplay yang diadakan pada tahun lalu, ia bukan sahaja dihadiri peminat tempatan malah daripada negara lain.

Bayangkan betapa ramainya orang yang datang dari luar yang perlu menempah tiket penerbangan dan hotel serta mengeluarkan belanja untuk pengangkutan, makan minum dan sebagainya? Perkara ini pernah diungkapkan bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin menerusi rancangan podcast Keluar Sekejap.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh dalam kenyataannya juga menegaskan konsert Blackpink selama sehari yang dihadiri 60,000 penonton, membawa pulangan ekonomi sebanyak RM64 juta kepada Malaysia.

Konsert Coldplay yang juga diadakan sehari dengan jumlah penonton 81,812 orang pula sebanyak RM130 juta, bahkan menjadi jumlah penonton tertinggi yang menghadiri konsert jelajah band rock British ini.

Hannah turut menyatakan sumbangan menerusi percukaian yang diperoleh kerajaan daripada konsert Blackpink ini sebanyak RM2.7 juta, manakala konsert Coldplay pula menyumbang RM8 juta.

Kita berbangga apabila VN Express International mencatatkan Malaysia sebagai negara yang paling ramai dikunjungi di Asia Tenggara sepanjang tahun lalu apabila menerima kedatangan 29 juta pelancong.

Seasia.stats pula melaporkan bahawa Malaysia merekodkan 26 juta ketibaan pelancong antarabangsa dari Januari hingga November 2023.

Banyak faktor yang mendorong kebanjiran pelancong asing ke negara kita. Selain kekayaan alam semula jadi, kemudahan infrastruktur yang kondusif, budaya dan sejarah masyarakat, sikap rakyat yang ramah dan berbudi bahasa, nilai mata wang berpatutan serta harga barangan dan makanan yang murah, acara-acara hiburan serta konsert antarabangsa juga adalah salah satu daripadanya. – 5 Julai, 2024

Topics

 

◉ Popular

Seedance 2.0 and Napster: History repeating in digital disruption, backlash, and forced evolution? – K V Soon

From Hollywood backlash to forced evolution, generative AI tools like Seedance 2.0 pose both challenges and opportunities for Malaysia’s film, animation, and cultural sectors

Tragedi lori jatuh laut, pemandu ditemukan lemas

Seorang lelaki berusia 24 tahun, dipercayai lemas selepas lori yang dipandunya terjatuh ke dalam laut di Dermaga Pelabuhan Barat, Klang di sini, hari ini.

[TONTON] ‘Persepsi itu wujud, tapi ia tidak benar’: Tengku Zafrul jawab naratif ‘payung kuning’

Bekas Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri menepis dakwaan beliau bertindak sebagai orang tengah istana bagi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, sambil menegaskan persepsi lama ‘payung kuning’ tidak mencerminkan realiti

◉ Related