◉ HEADLINES

5 premis pelacuran di Seputeh diserbu, 10 kompaun dikeluarkan

Tindakan diambil menerusi siasatan dan risikan yang dijalankan selama lima hari di sekitar kawasan tersebut yang mendapati kesemua premis menjalankan perniagaan pusat urut tanpa lesen perniagaan yang sah

1:24 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyerbu lima premis yang menjalankan perniagaan pusat urut bagi tujuan pelacuran di sekitar Seputeh pada Khamis lalu.

DBKL menerusi satu kenyataan memaklumkan, 10 notis kompaun pelbagai kesalahan terhadap premis pelacuran dikeluarkan menerusi Operasi Tindakan Khas Pusat Urut yang dijalankan melalui Jabatan Penguatkuasaan bersama Jabatan Pelesenan dan Pembangunan.

DBKL mendapati kesemua premis menjalankan perniagaan pusat urut tanpa lesen perniagaan yang sah. – Gambar DBKL, 6 Julai, 2024

Menurutnya, tindakan diambil menerusi siasatan dan risikan yang dijalankan selama lima hari di sekitar kawasan tersebut.

Siasatan mendapati kesemua premis menjalankan perniagaan pusat urut tanpa lesen perniagaan yang sah.

“Hasil operasi yang dijalankan, sebanyak lima notis kompaun dikeluarkan di bawah Seksyen 79(1), Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 bagi kesalahan mendirikan struktur dalaman tambahan tanpa kebenaran.

“Sementara itu, lima lagi di bawah UUK 3(1) Undang-undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (WPKL) 2016 bagi kesalahan menjalankan aktiviti perniagaan pusat urut tanpa lesen,” katanya.

Selain itu, katanya, sebanyak 82 struktur dalaman yang dibina, dirobohkan dan kesemua premis dikenakan tindakan tutup serta merta di bawah Seksyen 101(1)(v), Akta Kerajaan Tempatan 1976 serta barangan yang melibatkan perniagaan telah disita.

“Kesemua barangan yang disita dihantar dan disimpan di stor Jalan Lombong, Cheras, Kuala Lumpur.

“DBKL akan meneruskan tindakan dan pemantauan dari semasa ke semasa di lokasi tumpuan yang dikenal pasti,” katanya. – 6 Julai, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Bangsar bars warn of 20% price hike as new alcohol tax looms

Bar owners say the upcoming 10% excise duty under Budget 2026 could squeeze margins, drive drinkers to cheaper alternatives, and push small operators to the brink

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

◉ Related