HEADLINES

Pengarah, pengkritik filem Mansor Puteh meninggal dunia dalam nahas jalan raya

Hasil siasatan awal pihak polis mendapati kemalangan berlaku akibat Allahyarham hilang kawalan sebelum kereta Proton Iswaranya melanggar pembahagi jalan

3:43 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pengarah dan pengkritik filem serta budaya negara, Mansor Puteh, 70, meninggal dunia selepas mengalami kecederaan parah di kepala akibat nahas jalan raya di Alam Damai, Cheras pada jam 10.10 pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur (JSPT KL), Sarifuddin Mohd Salleh berkata, hasil siasatan awal mendapati kemalangan berlaku akibat mangsa hilang kawalan sebelum kereta Proton Iswaranya melanggar pembahagi jalan.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku semasa kereta yang dipandu mangsa dari arah Taman Len Seng menghala ke Taman Alam Damai hilang kawalan lalu terbabas sendiri dan melanggar pembahagi jalan.

Menurut polis, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku semasa kereta yang dipandu mangsa dari arah Taman Len Seng menghala Ke Taman Alam Damai hilang kawalan lalu terbabas sendiri dan melanggar pembahagi jalan – Gambar PDRM, 7 Julai, 2024

“Akibat kemalangan tersebut, mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh penolong perubatan HCTM (Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kes berkenaan diklasifikasikan di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Jenazah dijangka dikebumikan di kampung halamannya di Melaka lewat petang ini.

Mansor, mendapat pendidikan awal dalam bidang komunikasi massa dari Institut Teknologi Mara (ITM) dan pernah menjadi wartawan sebelum melanjutkan pengajian dalam jurusan Master of Fine Arts in Film Directing, Universiti Columbia pada 1978.

Beliau pernah mengarahkan filem berjudul Seman pada 1988, selain menghasilkan dokumentari 48 minit mengenai Tunku Abdul Rahman bertajuk Residency Years atau Bertahun Di Residensi.

Selain aktif dalam bidang seni, Allahyarham dikenali sebagai individu yang suka menderma darah dan pernah menerima sijil pengiktirafan atas sumbangannya itu. – 7 Julai, 2024

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Subsidised RON95: how cheap is Malaysia’s fuel compared to neighbours?

There has been a spate of viral videos showing vehicles from neighbouring countries such as Thailand and Singapore being filled with Malaysia's heavily subsidised RON95 petrol, indicating a blatant disregard for local laws.

Mutiara LRT project kicks off as Penang’s six-year construction timeline begins

SRS Consortium receives notice to proceed with first civil works; RM13 billion project slated for completion by 2031

Related