HEADLINES

Kesilapan bucu bintang Jalur Gemilang di Facebook MPPn cetus kontroversi

Ia mendapat perhatian apabila gambar itu dimuatnaik dalam Facebook majlis tersebut namun semakan mendapati ia sudah dipadamkan

11:56 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Gambar hiasan replika Jalur Gemilang yang dimuatnaik di Facebook Majlis Perbandaran Pontian (MPPn) tanpa jumlah bucu bintang yang tepat telah mencetuskan kontroversi di media sosial.

Ini kerana, ia menampilkan bintang kuning dengan 16 bucu berbanding 14 bucu seperti yang sepatutnya terdapat pada Jalur Gemilang.

Difahamkan replika Jalur Gemilang berkenaan dihasilkan dalam Pertandingan Landskap Laman Ceria dan Bersih yang diadakan sempena sambutan Hari Kebangsaan 2025 peringatkat daerah Pontian.

Bagaimanapun semakan di Facebook MPPn pagi ini mendapati gambar berkenaan sudah dipadamkan.

Namun, kesilapan tersebut mendapat perhatian Naib Pengerusi DAP Taman Makmur yang juga Setiausaha Eksekutif bagi Biro Pendidikan Politik parti berkenaan, Teih Jian Peng, yang secara sinis menyatakan Majlis Perbandaran Pontian akan ditutup selama 30 hari.

“Kalau rakyat silap gantung bendera boleh kena tutup selama 30 hari, jadi Majlis Perbandaran Pontian pun patut guna standard yang sama untuk tengok diri sendiri,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya.

Pada 21 Ogos lalu, MPPn telah menguatkuasa undang-undang mengarahkan sebuah premis klinik gigi ditutup selama 30 hari kerana mengibarkan Jalur Gemilang secara terbalik.

Menurut Yang Dipertua MPPn, Azim Shamsuddin, arahan penutupan itu diambil mengikut Undang-Undang Kecil (UUK) Pelesenan Perniagaan dan Perdagangan MDP 2019, iaitu berhubung kewajipan pengibaran bendera.

“Setiap premis yang dilesenkan di bawah UUK diwajibkan mengibar Jalur Gemilang atau bendera negeri Johor dengan cara dan kaedah betul bagi tempoh tertentu, termasuk sempena bulan kemerdekaan,’’ katanya.

Bagaimanapun tindakan berkenaan mendapat reaksi pelbagai termasuk Timbalan Menteri Komunikasi yang juga pengerusi DAP Johor, Teo Nie Ching yang menyifatkan, ‘hukuman’ tersebut sebagai berat dan seakan tidak setimpal dengan kesalahan selepas perbuatan itu didapati tidak disengajakan.

“Hukuman itu sepatutnya boleh dipertimbangkan. Bagaimana sekiranya kesilapan itu dilakukan oleh sebuah kilang yang mempunyai pekerja yang ramai. Tentunya ia memberi implkasi yang sangat buruk,” katanya.

Sementara bekas pengerusi DAP Johor Dr Boo Cheng Hau telah mengemukakan petisyen kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Johor (SPAJ) untuk mengambil tindakan tatatertib terhadap Azim.

Beliau mendakwa Azim gagal mentafsir dengan betul bidang kuasa yang diperuntukkan di bawah Akta Kerajaan Tempatan ketika membuat keputusan mengarahkan dua premis ditutup selama 30 hari atas alasan kesalahan mempamerkan bendera negara dan negeri. – 31 Ogos, 2025

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Related