◉ HEADLINES

Malaysia hantar pasukan SMART ke Nepal, sumbang AS$1 juta: Anwar

Pasukan SMART turut diamanahkan untuk mengesan dan membawa pulang rakyat Malaysia yang terjejas, selain membantu Kedutaan Besar Malaysia di Nepal menyelaras bantuan serta memastikan keselamatan dan kebajikan mereka

1:24 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Malaysia akan menghantar Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) ke Nepal susulan kejadian banjir besar yang melanda negara itu, Rabu lalu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pasukan berkenaan juga diamanahkan untuk mengesan dan membawa pulang rakyat Malaysia yang terjejas.

Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) dengan kerjasama Kementerian Luar juga dipertanggungjawabkan menyelaras dengan kerajaan Nepal bagi memboleh pasukan itu digerakkan secepat mungkin.

“Mereka akan bekerjasama dengan Kedutaan Malaysia di Nepal bagi menyelaras bantuan kemanusiaan serta memastikan kebajikan rakyat Malaysia yang terkandas terpelihara.

“Bagi menyokong usaha bantuan segera dan pemulihan jangka panjang di negara yang dilanda banjir itu, kerajaan turut menyalurkan sumbangan sebanyak AS$1 juta kepada Nepal bagi membantu mangsa terjejas selain menyokong usaha pemulihan pasca bencana,’’ katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu, Kementerian Luar melaporkan seramai 91 rakyat Malaysia, terdiri daripada 55 di Nepal dan 36 di China, dilaporkan masih belum dapat dihubungi setakat 8 malam tadi.

Kementerian Luar yang juga dikenali sebagai Wisma Putra memaklumkan pihaknya akan terus bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa berkaitan di China dan Nepal, di samping menyemak silang maklumat dari kedua-dua negara bagi mengenal pasti sebarang pertindihan dalam laporan yang diterima.

Nepal telah menerima bantuan SAR daripada empat negara yang mempunyai warganegara bekerja di kemudahan hidrokuasa yang terjejas akibat banjir.

Setakat ini, Nepal telah menerima bantuan SAR daripada Australia, China, India dan Korea Selatan.

Media antarabangsa melaporkan, banjir itu memusnahkan kawasan di sepanjang sempadan Nepal-Tibet, mengorbankan sekurang-kurangnya 675 orang setakat ini dan mendorong operasi mencari dan menyelamat berskala besar. – 30 Ogos, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

RM460m budget boost to power RTG, para-athletes, and regional games prep: KBS

With RM460 million secured for national sports development and RM240 million earmarked for the 2027 SEA Games, KBS sets its sights on building a comprehensive, sustainable sporting ecosystem

Malaysia Airlines, SIA join rush to cancel Middle East flights as Iran-US-Israel strikes escalate

More countries announce airspace closures as carriers suspend flights on Feb 28 and March 1, passengers reminded to check for updates on subsequent flights

◉ Related