HEADLINES

Kerajaan rangka dasar mandatori wajibkan speed limiter bagi kenderaan berat: Loke

Menteri Pengangkutan berkata, kerajaan komited melindungi pengguna jalan raya, terutamanya daripada ancaman pemandu tidak bertanggungjawab

10:05 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kerajaan sedang merangka dasar baharu termasuk pelaksanaan mandatori penggunaan pengehad kelajuan (speed limiter) pada kenderaan berat, sebagai langkah memperkukuh dasar keselamatan jalan raya.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata polisi berkenaan sedang diteliti secara menyeluruh, termasuk mekanisme bagi menutup sebarang ruang manipulasi apabila ia dikuatkuasakan kelak.

“Kerajaan tidak akan berhenti dalam usaha memperkukuh dasar keselamatan jalan raya.

“Kami komited untuk melindungi pengguna jalan raya, terutamanya daripada ancaman pemandu tidak bertanggungjawab dan kenderaan berat yang tidak memenuhi piawaian keselamatan ditetapkan,” katanya dalam perkongsian hantaran di Facebook hari ini.

Terdahulu Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata walau pelbagai usaha dibuat pihak berkuasa dan agensi berkaitan untuk mengurangkan kadar kemalangan maut namun akhirnya segala-galanya terletak pada sikap pemandu itu sendiri.

Katanya, kemalangan maut pada 13 Mei lalu sehingga meragut nyawa sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) serta kejadian kemalangan maut lain masih belum dijadikan iktibar sebahagian pemandu.

“Sekiranya sikap cuai, lalai, tidak menghiraukan keselamatan pengguna jalan raya lain dan pentingkan diri masih ada dalam diri pemandu, maka kejadian kemalangan jalan raya akan terus berlaku.

“Ini belum mengambil kira lagi faktor kenderaan berat seperti lori dan bas yang tidak layak berada di atas jalan raya namun masih digunakan oleh pihak tertentu,” katanya lapor Harian Metro.

Semalam, negara dikejutkan dengan tragedi yang meragut nyawa 15 mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) apabila bas sewa khas dari Jertih, Terengganu ke Tanjung Malim, Perak terbalik selepas terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan lain di Jalan Raya Timur-Barat berhampiran Tasik Banding, Gerik.

Nahas itu turut mengakibatkan 33 lagi cedera termasuk pemandu dan kelindan bas, selain pemandu serta tiga penumpang kenderaan pelbagai guna MPV jenis Perodua Alza. – 10 Jun, 2025

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related