◉ HEADLINES

DNB, Ericsson jalin perkongsian pacu transformasi digital menerusi 5G Advanced

Perkongsian tersebut akan meningkatkan kesalinghubungan “5G-Advanced” dalam zon perindustrian dan kawasan strategik sekali gus menyokong pendigitalan perusahaan

8:09 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Digital Nasional Bhd (DNB) dan Ericsson hari ini mengumumkan perkongsian strategik untuk mempercepat transformasi digital Malaysia melalui teknologi 5G dan “5G-Advanced”.

Kedua-dua pihak menjelaskan kerjasama itu bertujuan menyokong aspirasi Malaysia untuk menjadi peneraju digital global di samping memacu pertumbuhan ekonomi dan inovasi merentas pelbagai industri.

“Perkongsian yang diformalkan melalui Memorandum Persefahaman (MoU) itu akan menumpukan kepada memajukan pendigitalan perusahaan, meningkatkan kesalinghubungan dan memupuk inovasi.

“Melalui usaha memperluas liputan 5G dan ‘5G-Advanced’, DNB dan Ericsson giat untuk memperkukuh infrastruktur digital Malaysia dan membolehkan penggunaan teknologi dunia sebenar,” menurut  DNB dan Ericsson dalam kenyataan bersama pada Khamis.

Menurut kenyataan itu, perkongsian tersebut akan meningkatkan kesalinghubungan “5G-Advanced” dalam zon perindustrian dan kawasan strategik sekali gus menyokong pendigitalan perusahaan.

Perkongsian itu juga akan memupuk inovasi dengan mengembangkan ekosistem rangkaian Antara Muka Pengaturcaraan Aplikasi (API) global yang akan membolehkan pembangun menyepadukan fungsian daripada penggunaan lain, memudahkan dan mempercepat proses pembangunan.

Perkongsian DNB dan Ericsson bersedia bagi melaksanakan peranan penting dalam usaha berterusan Malaysia untuk menerima guna pendigitalan dan meningkatkan lagi kesalinghubungan.

“Apabila dapat mengembangkan keupayaan ‘5G-Advanced’ dan menggalakkan kerjasama merentas industri, inisiatif ini akan memperkasakan perniagaan tempatan untuk berinovasi, menyesuai dan berkembang maju dalam landskap digital yang berkembang pesat.

“Memandangkan ‘5G-Advanced’ terus berkembang, teknologi ini akan berperanan sebagai pemangkin untuk pendigitalan industri, daya saing negara dan peningkatan kualiti hidup untuk seluruh rakyat Malaysia,” tambahnya. – 6 Mac, 2025

Topics

 

◉ Hangat

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Malaysia Airlines tops domestic flight punctuality rankings of 85.3%

National carrier led on-time performance up to May 2025, as government enforces stricter rules on delays and passenger compensation

Can Mutiara LRT line transform Penang’s transport, economy? Here’s an explainer

The RM13bil endeavour aims to tackle congestion, enhance connectivity, and spark economic growth across the island

◉ Related