◉ HEADLINES

Budak termakan keropok dicampur racun tikus meninggal dunia

Ketua Polis Daerah Kulim, Mohd Azizul Khairi berkata, Muhammad Akil Syauqi, 3, menghembuskan nafas terakhir ketika menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP)

10:53 AM MYT

KUALA LUMPUR – Seorang daripada dua beradik yang termakan keropok mengandungi racun tikus yang dijadikan perangkap monyet di Kampung Padang Ubi, Labu Besar di Kulim, Kedah Ahad lalu, meninggal dunia hari ini.

Ketua Polis Daerah Kulim, Mohd Azizul Khairi berkata, Muhammad Akil Syauqi, 3, menghembuskan nafas terakhir ketika menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP).

“Dimaklumkan bahawa satu daripada mangsa yang berumur tiga tahun baru meninggal dunia pada jam 8.30 pagi di HPP.

“Pegawai Penyiasat berada dalam perjalanan ke HPP. Maklumat lanjut boleh dapatkan di HPP,” katanya dalam kenyataan.

Dalam kejadian Ahad lalu, mangsa yang maut dan adiknya, Muhammad Luth Syauqi, 2, dilaporkan kritikal selepas termakan keropok yang mengandungi racun tikus di Kampung Padang Ubi, Labu Besar, di Kulim, Kedah.

Difahamkan makanan ringan berupa keropok itu digantung pada pagar dawai dikatakan dipasang pemilik kebun, bertujuan menghalau haiwan liar yang mengancam tanamannya.

Ibu mereka, Nurain Hasnorizal, 25, yang menyedari anak-anaknya muntah dan menggelupur seperti diserang sawan kemudian membawa mereka ke Klinik Kesihatan Malau dan Hospital Kulim (HK) untuk rawatan lanjut.

Mereka kemudian dihantar ke HPP selepas keadaan mereka kritikal.

Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1) (a) Akta 611 berkaitan pengabaian terhadap kanak-Kanak dan Seksyen 284 Kanun Keseksaan. – 10 Julai, 2024

Topics

◉ Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

◉ Related