HEADLINES

Jual durian tanpa baju: Fomca gesa tindakan tegas

Perbuatan tidak memakai baju ketika melayani pelanggan menyalahi Peraturan Kebersihan Makanan 2009, malah dalam keadaan cuaca panas dan hujan tidak menentu ia berisiko membawa kepada pencemaran

9:17 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Tindakan harus diambil ke atas penjual durian di tepi jalan yang tidak berbaju ketika melayan pelanggan kerana ia menyalahi Peraturan Kebersihan Makanan 2009, kata Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca).

Naib Presiden dan Penasihat Undang-Undang Fomca, Datuk Indrani Thuraisingham merujuk kepada video tular di media sosial di mana pekerja di sebuah gerai durian di Kampung Datuk Abu Bakar Baginda, Bangi, tidak memakai baju sebagai strategi menarik perhatian pelanggan.

Indrani, ketika dihubungi Scoop turut menggesa pihak berkuasa menyiasat segera kerana perbuatan berkenaan tidak mematuhi cara penyediaan makanan yang betul.

Jelasnya, menurut Peraturan Kebersihan Makanan 2009, pengendali makanan wajib memakai pakaian yang bersih dan sesuai ketika mengendalikan makanan.

Naib Presiden dan Penasihat Undang-Undang Fomca, Datuk Indrani Thuraisingham menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan kerana mereka tidak mematuhi cara penyediaan makanan yang betul bagi mengelakkan pencemaran berlaku melalui penjual. – Gambar FB Indrani Thuraisingham, 11 Julai, 2024

“Sebarang buah yang dipotong dan dijual di kawasan terbuka, pekerja sepatutnya memakai pakaian yang sesuai bagi mengelakkan pencemaran yang boleh berlaku melalui penjual.

“Ini termasuk pakaian yang bersih dan sesuai, peraturan ini perlu dikawal ketat supaya kebersihan dipatuhi oleh pekerja kedai,” katanya.

Mengulas lanjut, Indrani berkata, perubahan iklim yang ekstrem seperti panas dan hujan tidak menentu turut membawa kepada tahap pencemaran yang tinggi.

“Untuk penjaja pasar malam dan penjual makanan jalanan, mereka perlu mematuhi peraturan kebersihan di bawah Akta Makanan kerana ini melibatkan kesihatan dan keselamatan pengguna.

“Apabila melibatkan kesihatan dan keselamatan, langkah berjaga-jaga tambahan perlu diambil. Sekarang terdapat banyak kes keracunan makanan yang semakin meningkat kerana suhu ekstrem menyebabkan pencemaran mudah terjadi,” katanya.

Tegas beliau, latihan untuk pengendali makanan sudah menjadi sebahagian daripada syarat untuk mendapatkan lesen, namun pihak berkuasa perlu menjadikannya lebih ketat dan perlu dilakukan secara berkala kerana kebanyakan kedai sering menukar pekerja,’’ katanya. – 11 Julai, 2024

Topics

 

Hangat

China break up Olympic champions to groom future stars

Olympic gold medallist Jia Yi Fan now partners Zhang Shu Xian in a bold move to mentor rising talent, as China strengthen their grip on women’s doubles badminton

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

Related