HEADLINES

‘Tak ada perkahwinan…’: Tengku Hassanal

Tengku Hassanal menegaskan, ketika ini baginda komited untuk berkhidmat kepada Raja dan negara

9:56 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Meskipun menghargai sokongan dan perhatian diberikan masyarakat, terutama netizen, Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, memohon supaya keputusan peribadi dan privasinya mengenai perkahwinan kelak dihormati.

Meluahkan perasaan itu menerusi Instagram story di akaun baginda, @this.7, Tengku Hassanal yang sering menjadi sorotan lensa kamera dan perhatian netizen kerana rupa paras kacak, mesra rakyat sert berbudi bahasa tinggi bertitah, supaya masyarakat memahami dan menerima pilihan dibuat nanti.

Titahnya, sebagai seorang putera raja dan pewaris negara, baginda amat menghargai keprihatinan dan perasaan ingin tahu ditunjukkan orang ramai terhadap kehidupan peribadi baginda.

“(Namun) Saya memohon supaya keputusan berhubung hal peribadi dan privasi mengenai perkahwinan saya pada masa akan datang, dihormati.

“Saya percaya dalam bahagian hidup yang begitu penting, ia harus dibuat dengan teliti dan pada masa tepat,” titahnya.

Tengku Hassanal menegaskan, ketika ini baginda komited untuk berkhidmat kepada Raja dan negara.

“Saya akan menjalankan tugasan dan tanggungjawab dengan penuh dedikasi.

“Sokongan anda amat saya hargai,” kata baginda.

Menerusi hantaran lain di Instagram story, Tengku Hassanal memaklumkan tiada perkahwinan membabitkan diri baginda buat masa ini dan memohon supaya tidak diganggu berhubung perkara terbabit.

“No wedding, takde (tiada) kahwin. Jangan kacau saya,” kata baginda dengan meletakkan logo pasangan pengantin dengan tanda ‘dipotong’ sebagai menerangkan tiada perkahwinan.

Isu perkahwinan Tengku Hassanal dan adik-beradiknya hangat diperkatakan netizen selepas bonda baginda, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menerusi video dimuat naik di TikTok memaklumkan semua anakandanya akan melangsungkan perkahwinan, kecuali puteri bongsu, Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah.

Menerusi video direkodkan ketika Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah bertemu rakyat berkenaan, baginda bertitah, dua daripada anakandanya, iaitu Tengku Afzan dan Tengku Muhammad akan melangsungkan perkahwinan, masing-masing pada Ogos serta Oktober.

Tengku Hassanal dan Tengku Ismail pula titahnya, akan berkahwin pada tahun hadapan.

Perkongsian Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah itu mendapat perhatian rakyat, dengan rata-rata mereka meluahkan kegembiraan. – 12 Julai, 2024

Topics

 

Hangat

[UPDATED] Welcome back to the Black Parade: My Chemical Romance set to rock Malaysia in 2026

Emo legends to play Bukit Jalil on April 30 as part of their long-awaited world tour, with Malaysian tickets ranging from RM299 to RM1,099 and sales opening on July 11, 2025

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

KLIA drivers urge MOT to intervene over new airport access charges

E-hailing and p-hailing groups say MAHB’s trial system causes delays and penalises drivers

Related