HEADLINES

Pengumuman khas kenaikan gaji penjawat awam 16 Ogos depan: JPA

JPA menerusi ciapan di platform X hari ini memaklumkan, pengumuman khas itu dilakukan sempena Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) yang akan berlangsung di PICC

7:22 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kerajaan dijangka membuat pengumuman khas berkaitan kenaikan gaji 2.3 juta penjawat awam pada 16 Ogos depan.

Jabatan Perkhidmatan Awam menerusi ciapan di platform X hari ini memaklumkan, pengumuman khas itu dilakukan sempena Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

“Mesti semua pegawai awam tengah sibuk dan teruja kira gaji baharu kan?

“Sambil kita menghitung hari pengumuman khas berkaitan kenaikan gaji di MAPPA pada 16 Ogos 2024 yang akan berlangsung di PICC,” katanya.

Menerusi hantaran sama, jabatan itu turut menyeru semua penjawat awam agar meningkatkan prestasi dan kualiti kerja masing-masing setimpal dengan kenaikan gaji yang diumumkan nanti.

“Marilah kita sama-sama meningkatkan prestasi dan kualiti kerja dengan penuh dedikasi dan barulah selari dengan kenaikan gaji yang diterima nanti,” katanya.

Pada 26 Jun lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan perincian berhubung kenaikan gaji penjawat awam akan diumumkan sebelum pembentangan Belanjawan 2025 pada Oktober ini.

Beliau berkata, perkara itu penting kerana sudah terlalu lama penjawat awam tidak menikmati kenaikan gaji yang setaraf dengan kerja keras mereka selama ini.

Pengumuman mengenai pelarasan gaji yang menyaksikan kenaikan melebihi 13% itu adalah yang tertinggi pernah dicatatkan dalam sejarah negara. – 15 Julai, 2024

Topics

 

Hangat

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Govt has settled RM42bil of 1MDB debt, total obligations exceed RM50bil: Anwar

Anwar reveals over RM9 billion in remaining debt, with government funds covering the shortfall

Jana Wibawa: Muhyiddin’s trial continues as appeals court rejects bid to reinstate acquittal

Five-judge panel dismisses Bersatu president’s application to review findings which led to four charges related to RM232.5 mil in bribes being reinstated in Feb

Related