HEADLINES

Setiap orang bertanggungjawab pastikan media sosial selamat, positif: Teo Nie Ching

Pengguna media sosial perlu melaporkan segala bentuk hantaran yang negatif seperti berita palsu dan ucapan berbaur kebencian, serta aktiviti buli siber

2:58 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Setiap individu bertanggungjawab untuk memastikan platform media sosial menjadi ruang yang selamat serta positif untuk digunakan, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.

Beliau berkata pengguna media sosial perlu melaporkan segala bentuk hantaran yang negatif seperti berita palsu dan ucapan berbaur kebencian, serta aktiviti buli siber.

“Sebenarnya sebagai pengguna, kita boleh menjadi faktor positif di alam siber. Setiap pengguna perlu celik digital, kita perlu berani call out mereka yang berbuat demikian (hantaran negatif),” katanya ketika muncul sebagai tetamu pada program Kopi Kita: Sembang Anak Malaysia terbitan Jabatan Penerangan, hari ini.

Teo turut menasihati orang ramai untuk sentiasa meneliti kesahihan sebarang maklumat yang diterima dalam talian, terutamanya sebelum menyebarkannya kepada orang lain.

“Sekarang isunya bukan tiada informasi, tetapi kita dibanjiri informasi dan oleh itu kita perlu faham bahawa tidak semestianya kesemua itu, fakta yang betul dan lengkap.

“Jadi semak dahulu sebelum sebar,” kata Teo.

Sementara itu, personaliti televisyen Nur Hidayah Abu Bakar yang juga tetamu pada program tersebut berkata setiap pengguna media sosial mempunyai ‘kuasa’, untuk membuat perubahan dengan membuat hantaran dan kandungan yang bertujuan menerapkan nilai-nilai positif dalam kalangan masyarakat.

“Kita semua ada peranan, platform dan kekuatan yang sama, tidak kira jumlah pengikut kerana sekarang dengan hanya satu video yang tular atau ‘fyp’, kita boleh capai begitu ramai orang.

“Jadi kita perlu memilih perkataan kita dengan bijak, dan berhati-hati dengan apa yang kita kongsikan, kerana apa yang dikongsikan itu boleh memberikan nilai untuk orang lain,” katanya. – 18 Julai, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Related