HEADLINES

PAS seru turun bersolidariti pertahan enakmen jenayah syariah esok

Kita sebagai parti dan memimpin kerajaan negeri Kelantan ada hak untuk menggerakkan orang ramai supaya sama-sama keluar dan menyatakan pendirian esok

8:09 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — PAS menyeru ahlinya untuk turun ke Putrajaya dan bersolidariti berhubung kes cabaran peguam, Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid terhadap 18 peruntukan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019 yang akan diketahui keputusannya di Mahkamah Persekutuan, esok.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, seruan itu adalah bagi menyatakan pendirian parti berkenaan dan supaya semua pihak memahami isu terbabit.

“Kita sebagai parti dan memimpin kerajaan negeri Kelantan ada hak untuk menggerakkan orang ramai supaya sama-sama keluar dan menyatakan pendirian esok.

“Bukan nak terjah mahkamah tapi nak tunjukkan solidariti, mempertahankan Enakmen yang dibuat secara perlembagaan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Kita tunggu esoklah keputusannya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Mesyuarat Ketua-Ketua Jawatankuasa Portfolio Dewan Rakyat ke-15, Perikatan Nasional di sini hari ini.

Pada 24 Januari lalu, Mahkamah Persekutuan telah menetapkan esok untuk memutuskan permohonan dua wanita Islam bagi mencabar isu perlembagaan untuk membatalkan 18 peruntukan kesalahan di bawah Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan 2019.

Peguam A.Surendra Ananth, yang mewakili Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid dan anaknya Tengku Yasmin Nastasha Abdul Rahman, berkata beliau menerima surat daripada mahkamah yang memaklumkan perkara itu hari ini.

Pada 20 November tahun lepas, panel sembilan hakim diketuai Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat menangguhkan keputusan mahkamah selepas selesai mendengar hujahan kedua-dua pihak.

Nik Elin dan Tengku Yasmin memfailkan petisyen bagi mencabar keperlembagaan dan kesahihan 18 Seksyen Kesalahan Jenayah Syariah di bawah enakmen itu yang didakwa adalah terbatal dan tidak sah kerana Dewan Undangan Negeri Kelantan tidak mempunyai kuasa untuk menggubalnya.

Mereka mendakwa peruntukan yang merangkumi kesalahan syariah membabitkan sumbang mahram, perjudian, liwat serta gangguan seksual adalah tidak sah kerana ia sudah diliputi oleh undang-undang di peringkat Persekutuan.

Terdahulu, petisyen yang difailkan Nik Elin Zurina dan anak perempuannya, Tengku Yasmin Nastasha Tengku Abdul Rahman terhadap Kerajaan Negeri Kelantan, adalah bagi mengisytiharkan 18 peruntukan kesalahan dalam enakmen itu, terbatal dan tidak sah kerana Dewan Undangan Negeri Kelantan tidak mempunyai kuasa untuk menggubalnya.

Mereka mendakwa peruntukan yang merangkumi kesalahan syariah membabitkan sumbang mahram, perjudian, liwat serta gangguan seksual adalah tidak sah kerana ia sudah diliputi oleh undang-undang di peringkat Persekutuan. – 8 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

[UPDATED] Welcome back to the Black Parade: My Chemical Romance set to rock Malaysia in 2026

Emo legends to play Bukit Jalil on April 30 as part of their long-awaited world tour, with Malaysian tickets ranging from RM299 to RM1,099 and sales opening on July 11, 2025

End of an era: Ex-Malaysia Airlines A380 faces dismantling in French scrapyard

Once a long-haul icon, the superjumbo is being dismantled for prized components as the airline modernises its fleet with fuel-efficient jets

Is it costly for small businesses to obtain halal certification?

A restaurant owners’ group agrees it can be, while application guidelines show fee is not high but added costs lie in the process to achieve compliance

Related