Sultan Selangor zahir penghargaan kepada Goodyear, kongsi perjalanan ribuan kilometer guna tayar keluarannya

Baginda bertitah, Goodyear Malaysia, salah satu syarikat pengeluar tayar terkemuka dunia, mencapai prestasi cemerlang dari segi jualan dan teknologi

6:43 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan penghargaan kepada Goodyear Malaysia atas sumbangannya kepada ekonomi dan sektor automotif Selangor dan negara ini sejak 52 tahun lalu.

Baginda bertitah, Goodyear Malaysia, salah satu syarikat pengeluar tayar terkemuka dunia, mencapai prestasi cemerlang dari segi jualan dan teknologi.

“Pada Oktober 1992, syarikat itu menjadi kilang tayar Goodyear pertama yang diperakui untuk piawaian ISO 9002.

“Kemudian pada 2002 ia memperoleh pensijilan QS9000 dan ISO14001, diikuti pensijilan ISO/TS 16949 pada 2003,” katanya menerusi satu kenyataan dimuatnaik di Facebook Selangor Royal Office, hari ini.

Titah baginda, Goodyear adalah jenama tayar yang dipasang pada kereta nasional pertama Malaysia, Proton Saga pada 1985, selain diberi penghormatan untuk menjadi tayar pilihan Ford Model T pada 1908 yang juga kereta mampu milik ketika itu.

“Secara peribadi, semasa ekspedisi jalan raya pada 1997 dan 2007 dalam Cabaran Peking To Paris dari Beijing ke Paris dan 2015 Road to Mandalay Rally, Tuanku menggunakan tayar Goodyear pada kereta Ford Model B 1932, Chevrolet Fangio Coupe 1940 dan Jaguar XK140 FHC 1956.

“Sepanjang perjalanan sejauh 16,000 kilometer (km) dan 8,400km merentasi muka bumi termasuk padang pasir, salji dan jalan berbatu, Tuanku dan pemandu bersamanya, Datuk Richard Curtis tidak mengalami masalah tayar pancit menggunakan tayar Goodyear,” katanya.

Terdahulu, Goodyear membuat keputusan untuk menutup operasi kemudahannya di Shah Alam sekali gus memberi kesan kepada lebih kurang 550 kakitangannya.

Presiden Goodyear bagi Asia Pasifik, Nathaniel Madarang berkata, langkah itu adalah seiring dengan program transformasi kumpulan, Goodyear Forward dalam mengoptimumkan portfolio dan kehadirannya di peringkat global. – 14 Mac 2024

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

Fuad has no right to intervene in Sabah 40% special grant case: Kitingan

Deputy CM asserts that the lawyer has no authority to speak for state govt as he was not appointed

Dilabel tidak cakna tentang All Eyes on Rafah di sesi live IG, ini jawapan Ning Baizura

Penyanyi Ning Baizura menjelaskan bahawa dia bukanlah tidak sensitif mengenai isu Palestin atau tidak cakna tentang All Eyes on Rafah sewaktu melakukan video live di Instagram (IG) miliknya pada Selasa lalu.

Related