PM pengerusikan mesyuarat persiapan Malaysia selaku Pengerusi ASEAN 2025

Sesi itu membincangkan mengenai persediaan dari sudut substantif dan logistik Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN pada 1 Januari 2025

9:27 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mempengerusikan setiap mesyuarat berkala berkaitan persediaan rapi Malaysia mengambil alih kepengerusian ASEAN pada 2025.

Mesyuarat tersebut disertai menteri, timbalan menteri, ketua setiausaha dan ketua perkhidmatan kerajaan serta ketua agensi yang berkaitan.

Menurut Anwar, sesi itu membincangkan mengenai persediaan dari sudut substantif dan logistik bagi Kepengerusian ASEAN oleh Malaysia yang akan bermula pada 1 Januari 2025.

“Saya singgung akan peri pentingnya memastikan Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 yang lancar, berjaya dan bermakna dengan persediaan yang rapi.

“Hatta, jentera kerajaan diseru untuk memanfaatkan sebaiknya Kepengerusian ASEAN Malaysia sebagai landasan untuk meningkatkan profil dan nama negara,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Jelasnya, adalah penting agar penekanan lebih diberikan untuk “merakyatkan ASEAN” dan merealisasikan Komuniti ASEAN yang berpaksikan rakyat dalam memacu pembangunan dan pertumbuhan serantau secara kolektif dalam kerangka ASEAN.

Sebagai persiapan mengambil alih kepengerusian ASEAN, tiga kluster utama diwujudkan iaitu politik, pertahanan dan kewarganegaraan. – Gambar Jabatan Perdana Menteri, 26 Januari, 2024

Dalam pada itu, Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, sebagai persiapan Malaysia untuk mengambil alih kepengerusian ASEAN, tiga kluster utama diwujudkan iaitu politik, pertahanan dan kewarganegaraan di bawah Kementerian Luar; ekonomi serta perdagangan di bawah Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri manakala budaya dan sosial di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya.

Katanya, kementerian lain akan diletak di bawah pimpinan kluster terbabit dalam merencana dan menjayakan apa jua program atau aktiviti anjuran ASEAN yang dipengerusikan oleh Malaysia termasuk aspek tema, reka bentuk logo, logistik dan penginapan untuk pemimpin negara bagi program itu.

Mohamad berkata, pada mesyuarat berkala itu kelak, setiap kluster akan membentangkan status gerak kerja masing-masing untuk dinilai sama ada perancangan mengikut jadual atau sebaliknya.

“Semua kementerian sudah tahu peranan masing-masing dan kementerian telah membentangkan apa mereka ingin lakukan.

“Sebanyak lima hingga enam hala tuju diberikan sebagai panduan. Kita ingin melihat gerak kerja itu dilakukan secara bersama dan tidak secara silo,” katanya.

Beliau juga berkata, Laos akan menyerahkan baton kepengerusian ASEAN 2025 pada Sidang Kemuncak blok itu yang berlangsung dari 8 hingga 11 Oktober ini. – 26 Januari, 2024

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

Fuad has no right to intervene in Sabah 40% special grant case: Kitingan

Deputy CM asserts that the lawyer has no authority to speak for state govt as he was not appointed

Controversy continues: Akmal detained upon arrival at Kota Kinabalu airport

Announcing his detention on Facebook today, Umno Youth chief Dr Muhamad Akmal Saleh said he will not budge from his stand over the “Allah”-printed sock issue.

Related