HEADLINES

Malakat Mall di Cyberjaya ditutup selepas hampir 4 tahun beroperasi

Kompleks beli-belah itu akan mengadakan jualan penutupan dengan pemberian diskaun dan harga serendah RM1 untuk pelbagai barangan

7:02 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kompleks beli belah Malakat Mall di Cyberjaya, mengumumkan penutupannya secara rasmi pada 31 Julai ini selepas hampir empat tahun beroperasi.

Menerusi satu kenyataan, kompleks beli-belah itu akan mengadakan jualan penutupan dengan pemberian diskaun dan harga serendah RM1 untuk pelbagai barangan.

“Dengan berat hati, kami ingin memaklumkan bahawa Malakat Mall akan ditutup secara rasmi pada 31 Julai 2024.

“Kami ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua pelanggan setia yang telah menyokong kami selama ini,’’ katanya.

Malakat Mall dalam satu kenyataan hari ini mengumumkan, kompleks beli-belah itu akan mengadakan jualan penutupan dengan pemberian diskaun dan harga serendah RM1 untuk pelbagai barangan. – Gambar FB Malakat Mall, 18 Julai, 2024

Antara barangan yang akan dijual murah ialah pakaian, kasut, aksesori, buku, alat tulis, barangan rumah dan produk makanan serta minuman.

Ia terletak di bandar teknologi Cyberjaya, dan terdiri daripada tiga blok bangunan empat tingkat dengan sasaran pembukaannya pada 2020 lalu melibatkan lebih 15,000 pelanggan dalam tempoh sebulan pertama.

Malakat Mall juga mempraktikkan amalan patuh syariah serta menghidupkan syariat Islam seperti laungan azan, solat berjemaah dan solat Jumaat. – 18 Julai, 2024

Topics

 

Hangat

Court orders MYAirline co-founder to repay over RM8mil to investors

Datuk Allan Goh and four associated companies are directed to return funds after failing to meet financial obligations to 15 investors

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Malaysia breaks 11-year losing streak against Vietnam with impressive 4-0 victory

The national team showed effective teamwork and fast-paced plays that kept their opponents under pressure

Related