HEADLINES

‘Jangan tolak tawaran ke Warwick UK, Mara sedia bantu’: Asyraf Wajdi

Tindakan pantas dan keprihatinan Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Asyraf Wajdi Dusuki bertemu serta memujuk pelajar dikenali Aiman itu membuatkan dia nekad menerima tawaran terbabit

11:01 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kesusahan dialami keluarga, membuatkan seorang pelajar pintar hampir menolak tawaran melanjutkan pengajian ke Universiti Warwick di United Kingdom (UK).

Bagaimanapun, tindakan pantas dan keprihatinan Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Asyraf Wajdi Dusuki bertemu serta memujuk pelajar dikenali Aiman itu membuatkan dia nekad menerima tawaran terbabit.

Asyraf berkata, beliau memberi jaminan kepada Aiman dan keluarganya bahawa Yayasan Pelajaran Mara akan membantu segala kos awal persediaan universiti berkenaan.

“Petang kelmarin…saya sempat singgah ke rumah adik Aiman di Kubang Pasu yang saya dimaklumkan sebelum ini, (dia) berkira-kira untuk tidak menerima tawaran Universiti Warwick di UK di bawah tajaan Mara.

“Rupanya baru saya tahu cerita sebenar. Ayahnya tidak bekerja kerana sakit buah pinggang kronik dan hampir buta sepenuhnya. Ibunya juga tidak bekerja.

“(Keluarganya) Hanya bergantung kepada pencen ilat Perkeso sebanyak RM800 dan sumbangan zakat untuk menyara tiga anak yang masih belajar,” katanya menerusi perkongsian di Facebook.

Beliau berkata, Aiman adalah pelajar cemerlang 9A pada Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan bekas pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) yang baru menamatkan pelajaran di Kolej Mara.

“Alhamdulillah, saya berjaya pujuk dia dan keluarganya untuk meneruskan pengajian ke luar negara.

“(Saya pesan) Jangan tolak tawaran ke Warwick UK…Mara sedia bantu…” katanya.

Menurutnya, beliau juga menasihatkan Aiman bahawa dengan ilmu sahaja, dia boleh merubah kehidupan keluarganya pada masa depan.

“Saya berpesan pada Aiman, jangan tinggal tahajjud dan mathurat yang beliau dilatih untuk diamalkan sejak MRSM kerana hanya Allah, dapat mempermudahkan segala urusan.

“Yang penting ambil peluang ditawarkan Mara untuk menyambung pelajaran kerana dengan ilmu sahaja, boleh merubah kehidupan keluarga pada masa depan,” katanya. – 21 Julai, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Feathers ruffled over hornbill flap – Joseph Masilamany

Why getting Sarawak’s state bird right matters more than you think 

Related