HEADLINES

Dompet, kunci kereta milik Nur Farah Kartini ditemukan di Sungai Trolak

Difahamkan kad pengenalan (MyKad) mangsa juga masih ada dalam dompet berkenaan

3:52 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Unit Siasatan Forensik Sub Akuatik Polis Diraja Malaysia (PDRM) menemukan dompet dipercayai milik Nur Farah Kartini Abdullah, di Sungai Trolak, Kampung Batu 4, Trolak, Perak hari ini.

Dompet itu ditemukan pada jam 12.20 tengah hari ketika operasi pencarian bahan bukti di sungai terbabit.

Difahamkan kad pengenalan (MyKad) mangsa juga masih ada dalam dompet berkenaan.

Terdahulu Unit Forensik Sub Akuatik PDRM berjaya menemukan dua anak kunci tidak jauh dari lokasi dompet ditemukan.

Pasukan itu menemukan barangan tersebut pada jam 11.20 pagi pada jarak 50 meter dari jambatan lokasi suspek membuang barang mangsa.

Pasukan penyelam kemudian menamatkan operasi pencarian pada jam 1 petang selepas berpuas hati dengan operasi pencarian hari ini.

Terdahulu, tiga kenderaan termasuk dua kenderaan pacuan empat roda tiba di lokasi kejadian kira-kira jam 10.30 pagi selepas operasi pencarian ditangguhkan pada Jumaat lalu.

Isnin lalu, mayat Nur Farah Kartini, 25, ditemukan di ladang kelapa sawit Kampung Sri Keledang, Hulu Bernam, Hulu Selangor.

Susulan itu, suspek berusia 26 tahun yang juga anggota polis berpangkat Lans Koperal ditahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu hari ini membenarkan tahanan reman suspek dilanjutkan hingga 29 Julai ini. – 22 Julai, 2024

Topics

 

Hangat

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Malaysia ranks 13th in Global Peace Index, maintains strong score despite drop

Home Minister Saifuddin Nasution says Malaysia’s consistent peace score was overtaken by improved performances from other nations, including Scandinavian countries

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

Related