◉ HEADLINES

Gangguan bekalan air di Selangor, KL pulih 24.6%

Waktu pemulihan penuh bagi kawasan terlibat dijangka jam 8 pagi Jumaat ini

3:18 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Gangguan bekalan air membabitkan jutaan pengguna di tujuh daerah di Selangor dan Kuala Lumpur kini pulih 24.6% setakat jam 12 tengah hari tadi.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) memaklumkan, gangguan bekalan air dijangka pulih sepenuhnya pada jam 8 pagi, Jumaat ini.

“Sehingga jam 12 tengah hari, peratusan pemulihan bekalan air bagi kawasan terlibat mencapai 24.6%.

“Peratusan pemulihan bekalan air di kawasan yang terjejas dijangka mencapai sekitar 40% pada jam 8 pagi, esok diikuti dengan 90% pada jam 8 malam.

“Waktu pemulihan penuh bagi kawasan terlibat adalah dijangka pada jam 8 pagi, Jumaat ini,” katanya dalam kenyataan (Jumaat) di platform X.

Menurut Air Selangor, gangguan bekalan air itu disebabkan henti tugas sementara Loji Rawatan Air Rantau Panjang (LRA Rantau Panjang), Sungai Selangor Fasa 1 (SSP1), Sungai Selangor Fasa 2 (SSP2) dan Sungai Selangor Fasa 3 (SSP3) berikutan insiden pencemaran bau di Sungai Kundang dan Sungai Sembah.

Justeru, kawasan berdekatan mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual serta jangkaan masa pemulihan penuh adalah berbeza bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan air pada sistem agihan bekalan air.

“Air Selangor terus menggerakkan lori tangki air ke kawasan yang masih terjejas dengan memberikan keutamaan kepada premis kritikal seperti hospital, klinik, pusat dialisis dan upacara pengebumian.

“Bantuan bekalan air alternatif menerusi 17 Pusat Khidmat Setempat (PKS) turut disediakan untuk kemudahan pengguna di lokasi terjejas,” katanya.

Air Selangor turut menasihati pengguna agar membiarkan pili air mengalir sehingga jernih sebelum digunakan. – Alif Omar/Scoop, 24 Julai, 2024

Dalam pada itu, Air Selangor menasihati pengguna agar membiarkan pili air mengalir sehingga jernih sebelum digunakan untuk kegunaan seharian.

“Pengguna yang sudah mendapat bekalan air disaran menggunakan air secara berhemat bagi memastikan proses pemulihan di kawasan yang masih terjejas berjalan lancar,” katanya.

Katanya, pengguna boleh mendapatkan maklumat berhubung gangguan bekalan air tidak berjadual ini dari semasa ke semasa, daripada saluran komunikasi rasmi https://waterupdates.airselangor.com.

Pengguna juga boleh mendapatkan maklumat daripada saluran komunikasi rasmi alternatif seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan X atau hubungi Air Selangor di talian 15300 atau layari https://airselangor.com. – 24 Julai, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

Malaysia Airlines, SIA join rush to cancel Middle East flights as Iran-US-Israel strikes escalate

More countries announce airspace closures as carriers suspend flights on Feb 28 and March 1, passengers reminded to check for updates on subsequent flights

Melaka schools to reopen on Oct 12 as API readings fall below 100

Air quality readings at all three monitoring stations in the state remain in the moderate range, with parents advised to monitor their children's health

◉ Related