HEADLINES

Bayi 2 bulan patah kaki kiri disyaki didera pengasuh

Pengasuh wanita berusia 36 tahun itu ditahan reman selama enam hari bermula semalam sehingga Ahad ini selepas ibu bapa bayi tersebut membuat laporan polis

4:08 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang pengasuh ditahan bagi membantu siasatan mengenai seorang bayi perempuan berusia dua bulan yang disyaki didera sehingga patah kaki kiri dalam kejadian di Bandar Dato Onn, Johor Bahru.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Raub Selamat berkata, wanita berusia 36 tahun itu direman selama enam hari bermula semalam sehingga Ahad ini.

Menurutnya, pengasuh terbabit ditahan selepas ibu bapa bayi itu membuat laporan polis, Ahad lalu.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sebelum itu, tular di media sosial perkongsian ibu bayi berkenaan yang menyedari ada yang tidak kena dengan anaknya selepas mengambilnya dari rumah pengasuh pada Sabtu lalu.

Dakwanya ketika menukar lampin, dia ternampak kesan bengkak pada paha kiri selain anaknya tidak aktif seperti kurang minum susu.

Bayi berkenaan kemudian dibawa ke sebuah klinik untuk pemeriksaan sebelum dirujuk ke hospital kerajaan.

Katanya, pemeriksaan doktor mendapati paha kiri anaknya patah.

Bagaimanapun, ketika ibu bayi itu menghubungi pengasuh untuk bertanyakan mengenai sebarang kejadian menimpa anaknya, wanita itu memaklumkan tiada apa-apa yang berlaku terhadap bayi berkenaan.

“Saya kemudian membuat laporan polis petang Ahad lalu, selepas doktor mengesahkan kecederaan pada kaki bayi kami,” katanya. – 24 Julai, 2024

Topics

 

Hangat

Football for All? Not at this World Cup – T. Vignesh

The 2026 Fifa World Cup was supposed to be football's biggest celebration yet

[WATCH] Sabah’s progress held back by federal influence and weak local unity: Junz Wong

Warisan leader argues state’s resource wealth has not translated into progress, pointing to political fragmentation and comparisons with Sarawak’s stronger cohesion

Police rescue teenagers forced into online sex scam syndicate in Johor

Two minors and one man were rescued in Op Bugil as police uncover abuse, forced labour and extortion by syndicate active since November

Related