HEADLINES

Dakwaan 4 individu termasuk Rafizi, Lokman dilarang tampil di PRK Nenggiri palsu: Zahid

Dua lagi individu lain yang dikaitkan dalam dakwaan tersebut ialah Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda Umno bahagian Jeli, Wan Mahussin Wan Zain dan seorang pempengaruh dikenali sebagai Wan Hadi

11:56 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Dakwaan Barisan Nasional (BN) melarang empat individu termasuk Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli dan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT), Datuk Lokman Noor Adam daripada tampil di pentas ceramah Pilihan Raya Kecil (PRK) Nenggiri adalah palsu.

Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ketika menafikannya berkata, BN tidak pernah mengeluarkan kenyataan tersebut dan menyifatkan ia sebagai mainan politik untuk memecah belahkan perpaduan di dalam kerajaan.

Dua lagi individu lain yang dikaitkan dalam dakwaan tersebut ialah Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda Umno bahagian Jeli, Wan Mahussin Wan Zain dan seorang pempengaruh dikenali sebagai Wan Hadi.

“Sesungguhnya segala kenyataan media rasmi hanya akan disiarkan di laman FB rasmi Barisan Nasional sahaja. Dan diharap semua tidak termakan dengan mainan politik seperti ini tiap kali apabila Pilihan Raya akan berlangsung.

“Semoga semua pihak terus bertanggungjawab untuk tidak menyebarkan berita palsu seperti ini lagi,’’ kata Zahid menerusi kenyataan hari ini.

Kenyataan palsu yang bertarikh 24 Julai itu tular di media sosial yang memetik kononnya ia dikeluarkan oleh pengerusi BN berhubung larangan ke atas empat individu terbabit daripada tampil di atas pentas ceramah semasa PRK Nenggiri, 17 Ogos ini.

Ia memberi alasan sebagai ikhtibar susulan kekalahan memalukan pada PRK Sungai Bakap kerana dikatakan sikap individu tersebut dibenci oleh rata-rata pengundi yang didakwa menghina dan menyentuh peribadi pihak tertentu.

Tindakan itu kononnya sebagai persediaan kepada BN untuk menang pada PRK Nenggiri.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari penamaan calon dan pengundian awal PRK itu masing-masing pada 3 Ogos dan 13 Ogos, manakala hari mengundi ditetapkan pada 17 Ogos. – 25 Julai, 2024

Topics

 

Hangat

What will we call for next? A ban on cheap cigarettes, tuak and kapcais? – Rocky Bru

While concerns over drug-laced vapes grow, a blanket ban could backfire by wiping out businesses, threatening jobs, pushing trade underground amid weak enforcement and open tank loopholes

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

Related