◉ HEADLINES

Pempengaruh TikTok dikecam, sifatkan ‘degree’ umpama perniagaan di universiti

Katanya, mereka yang mengambil ijazah bukan kerana mahukan ilmu, namun hanya mahu mencari pekerjaan dan untuk mendapatkan 'degree' mereka perlu membayar mahal

5:46 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Tindakan seorang pempengaruh TikTok yang memperlekehkan kepentingan menuntut ilmu dan menganggap ‘degree boleh dibeli’ sebagai satu penghinaan kepada institusi pendidikan tinggi.

Dikenali sebagai Dma Islam, pempengaruh tersebut menyifatkan ijazah tidak berkaitan dalam hidupnya dan tidak membantu kerjaya seseorang.

Klip video pendek berdurasi 38 saat dalam sesi podcast itu kini tular di laman X.

Menurutnya, mereka yang memperoleh ijazah bukan untuk mendapatkan ilmu sebaliknya untuk mendapatkan pekerjaan.

“Sebab degree (ijazah) ini tiada kaitan dengan hidup aku, aku tak nak kerja dengan orang. Degree (ijazah) ni tidak akan membantu aku.

“Ilmu itu kita boleh beli, dia costly (mahal) dia money (duit), kalau setakat nak dapatkan ilmu tempat lain pun ada ilmu.

“Orang buat degree (ijazah) bukan sebab nak ilmu, dia nak pekerjaan dan degree (ijazah) itu sendiri pun kita kena bayar, jadi Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) terhutang budi dengan aku, bukan aku yang terhutang budi dengan UniSZA.

“UniSZA kata saya bagi awak ilmu, hakikatnya, aku yang bagi duit, mereka beri degree (ijazah) sebagai balasan,” katanya.

Antara reaksi yang diberikan pengguna Twitter mengenai kenyataan kontroversi Dma Islam. – Gambar tangkap layar 27 Julai, 2024

Menerusi ruangan komen, netizen memberikan pandangan masing-masing dengan ramai yang menyifatkan dia tidak menghargai usaha dan pengorbanan yang dilakukan oleh pelajar serta pendidik.

Malah kata mereka, ilmu tidak boleh diukur dengan wang ringgit dan satu penghinaan kepada mereka yang bekerja keras untuk ke menara gading.

Salah seorang adalah YapXiang yang membandingkan dengan budak-budak yang tidak mempunyai kewarganegaraan yang sanggup masuk lokap semata-mata untuk memperjuangkan pendidikan.

“Tapi rakyat Malaysia seperti pilih untuk menghina ilmu,’’ katanya.

Malah ada yang mendesak supaya akaun Dma Islam itu digantung kerana cubaan untuk memberikan fahaman yang salah mengenai pendidikan tinggi. – 27 Julai, 2024

Topics

 

◉ Hangat

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

12 hours on the road no guarantee for liveable wages, say several food delivery riders

Long working hours and cut-throat remuneration structure have been a bane for food delivery riders recently with some considering to leave their current service platform for another – or find a new job altogether.

10 filem patriotik pasukan beruniform tanah air ini wajib ditonton!

Harus diakui bahawa Malaysia masih lagi kekurangan filem-filem bergenre kenegaraan yang mampu membangkitkan semangat nasionalisme dan jiwa patriostisme rakyat terhadap negara yang berjaya bebas dari cengkaman penjajah sejak 66 tahun lalu

◉ Related