◉ HEADLINES

32 gerai di Batu Ferringhi musnah terbakar

Kebakaran turut memusnahkan barang jualan serta beberapa kenderaan termasuk motosikal

10:14 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Sebanyak 32 unit gerai penjaja musnah dalam kebakaran di Kompleks Penjaja Huma House di Jalan Batu Ferringhi dekat Georgetown, Pulau Pinang hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata, kebakaran berlaku pada jam 1.58 tengah hari tadi.

Katanya, bagaimanapun tiada sebarang kecederaan dan kehilangan nyawa dilaporkan dalam kebakaran itu.

“Sebaik menerima panggilan kecemasan, jentera Balai Bomba Penyelamat Bagan Jermal dan Teluk Bahang terus ke lokasi kejadian dan mendapati kebakaran melibatkan 32 gerai penjaja berkeluasan kira-kira 9.29 meter persegi setiap unit (100 kaki persegi).

“Kebakaran turut memusnahkan barang jualan serta beberapa kenderaan termasuk motosikal,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, pasukan penyelamat mengambil masa kira-kira lebih sejam untuk mengawal api daripada merebak.

“Kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya pada jam 5.55 petang manakala punca serta jumlah kerugian sedang disiasat,” katanya.

Difahamkan, kejadian berlaku apabila minyak yang dibawa oleh seorang lelaki dipercayai tumpah sebelum mencetuskan api daripada rokok yang dihisapnya. – 28 Julai, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

◉ Related