◉ HEADLINES

Rafizi dalam keadaan stabil: Dr Zaliha

Difahamkan Rafizi dimasukkan ke pusat perubatan itu selepas mengalami serangan jantung awal minggu ini

3:11 PM MYT

 

IPOH – Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa memaklumkan Menteri Ekonomi Rafizi Ramli yang mengalami serangan jantung kini dalam keadaan stabil. 

Mengesahkan bahawa Rafizi dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Dr Zaliha meminta rakyat Malaysia mendoakan kesejahteraan Ahli Parlimen Pandan itu. 

“Alhamdulillah saya dapat berita kelmarin, beliau semakin sihat, kita harap dalam masa terdekat beliau kembali bertugas, doakan yang baik-baik,” katanya ketika ditanya media mengenai keadaan terkini Rafizi.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan sesi pertama Istiadat Konvokesyen Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) Zon Semenanjung di ILKKM Sultan Azlan Shah, di sini, hari ini.

Difahamkan Rafizi dimasukkan ke pusat perubatan itu selepas mengalami serangan jantung awal minggu ini. – 21 Oktober, 2023

Topics

 

◉ Hangat

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

◉ Related