HEADLINES

Jualan Ehsan Rahmah dapat sambutan hangat, barang habis dalam masa dua jam

Jualan Ehsan Rahmah (JER) mensasarkan produk-produk keperluan ramai seperti ayam, daging, telur dan beras

3:21 PM MYT

 


SHAH ALAM – Program Jualan Ehsan Rahmah (JER) yang diadakan di Seksyen 14, di sini, hari ini mendapat sambutan hangat dengan barangan keperluan habis dijual hanya dalam masa dua jam.

JER dimulakan sejak tahun lalu oleh kerajaan negeri Selangor dengan matlamat menyediakan barangan keperluan asas pada harga diskaun.

Tinjauan Scoop di outlet Ehsan Mart mendapati meskipun masa jualan bermula 8 pagi namun orang ramai sudah mula beratur sejak 7 pagi bagi mendapatkan barangan keperluan asas yang lebih murah.

Meskipun masa jualan bermula 8 pagi namun orang ramai sudah mula beratur sejak 7 pagi bagi mendapatkan barangan keperluan asas yang lebih murah – Azim Rahman/Scoop, 1 Ogos, 2024

Menurut Pengurus Pemasaran Ehsan Mart, Nur Rashidah Mohamed Raihan, JER mensasarkan produk-produk keperluan ramai seperti ayam, daging, telur dan beras.

“Kami mulakan jualan dari jam 8 pagi sehingga barangan habis dijual, namun pembeli sudah mula beratur seawal jam 7 pagi. Biasanya setiap kali JER diadakan, beratus-ratus orang akan beratur bagi mendapatkan barangan jualan.

“Harga barangan ini lebih murah kerana ia merupakan subsidi yang diberikan oleh kerajaan negeri Selangor,’’ katanya ketika ditemui di sini hari ini.

JER menawarkan ayam standard pada harga RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 per pek) dan telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kilogram (RM25) dan beras lima kilogram (RM13) – Azim Rahman/Scoop, 1 Ogos, 2024

Sebanyak dua juta penduduk Selangor mendapat manfaat sepanjang tahun lalu dan pada 2024, kerajaan negeri memutuskan untuk menyambung program tersebut dengan peruntukan RM20 juta.

Ia menawarkan ayam standard pada harga RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 per pek) dan telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kilogram (RM25) dan beras lima kilogram (RM13).

Mengulas lanjut, Nur Rashidah berkata, program JER dimulakan sejak tahun lepas dan semua produk yang dijual dijamin halal, buatan Bumiputera, serta berkualiti tinggi.

Program JER dimulakan sejak tahun lepas dan semua produk yang dijual dijamin halal, buatan Bumiputera, serta berkualiti tinggi – Azim Rahman/Scoop, 1 Ogos, 2024

“Barang-barang makanan asas lain turut dijual pada harga berpatutan seperti sardin, sos kicap, dan bihun.

“Sebelum barangan asas ini dijual di kedai, kami menggunakan lori untuk menjualnya jadi pihak pengurusan sudah tahu berapa banyak barangan yang diperlukan setiap kali program ini diadakan,’’ katanya.

Menurut Nur Rashidah, orang ramai yang ingin mendapatkan jadual penjualan JER, mereka boleh mengikuti Facebook PKPS.

“Setiap hari jadual akan dikemas kini dan kebiasaannya tambahan waktu jualan akan diadakan pada hari gaji,’’ katanya. – 1 Ogos, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Related