◉ HEADLINES

Budak lelaki pandu Perodua Viva, bapa akan didakwa

Terdahulu, media melaporkan polis mengambil keterangan bapa kepada kanak-kanak lelaki terbabit pada 29 Julai lalu

9:38 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Bapa dan budak lelaki yang memandu kereta Perodua Viva dengan membawa dua adiknya di kawasan Taman Putra Impiana di Puchong dalam video tular baru-baru ini akan didakwa.

Ketua Polis Daerah Sepang, Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, kertas siasatan sudah dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya (TPR).

Menurutnya, kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun itu akan didakwa mengikut Seksyen 39 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 39(5) Akta Pengangkutan 1987.

“Bapanya pula akan dituduh mengikut Seksyen 39 (5) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Hukuman Seksyen 39(5) Akta Pengangkutan Jalan 1987 boleh dikenakan denda tidak melebihi RM2,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya,” katanya dalam kenyataan.

Wan Kamarul berkata, pertuduhan juga akan dibuat bersama dengan kertas siasatan jenayah selepas pegawai penyiasat melaksanakan tindakan lanjut.

Terdahulu, media melaporkan polis mengambil keterangan bapa kepada kanak-kanak lelaki terbabit pada 29 Julai lalu.

Lelaki berusia 53 tahun itu hadir ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang untuk memberi keterangan pada jam 11.30 malam.

Siasatan awal mendapati kanak-kanak berkenaan memandu kereta jenis Perodua Viva dengan membawa dua adik lelakinya berusia enam dan empat tahun untuk bersiar-siar di kawasan perumahan itu kira-kira 8 malam pada 28 Julai lalu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sebelum ini, tular rakaman video berdurasi satu minit 49 saat memaparkan seorang wanita menahan kereta jenis Perodua Viva yang dipandu seorang remaja lelaki dan turut dinaiki dua kanak-kanak.

Menerusi rakaman itu, kereta terbabit dipandu agak laju ketika melalui bonggol di depan sebuah rumah sebelum diarah oleh wanita berkenaan supaya memberhentikan kenderaan.

Wanita berkenaan, yang mendakwa remaja terbabit sudah beberapa kali dilihat memandu kereta di kawasan itu, berkata beliau akan membuat laporan polis berhubung kejadian terbabit. – 3 Ogos, 2024

Topics

 

◉ Hangat

What will we call for next? A ban on cheap cigarettes, tuak and kapcais? – Rocky Bru

While concerns over drug-laced vapes grow, a blanket ban could backfire by wiping out businesses, threatening jobs, pushing trade underground amid weak enforcement and open tank loopholes

Isu kibar bendera China: Hentikan keluar kenyataan berbaur hasutan, 3R, tegas Fahmi

Menteri Komunikasi berkata ia bagi mengelak sebarang tindakan dikenakan ke atas mana-mana pihak yang mungkin tidak berpuas hati dengan kejadian berkenaan

MCMC condemns viral Quran desecration video, vows legal action as investigation continues

The Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC) has stepped up efforts to identify an individual seen disrespecting the Al‑Quran in viral social media clips, warning the public against spreading incendiary content that could threaten national harmony

◉ Related