HEADLINES

Pemimpin Bersatu desak RoS luluskan pindaan, jangan ada campur tangan politik

Pendaftar Pertubuhan itu didesak agar segera meluluskan pindaan perlembagaan agar ia boleh dikuatkuasakan serta merta

10:27 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Pemimpin parti pembangkang kini mula mendesak enam Ahli Parlimen Bersatu yang mengisytiharkan sokongan kepada pentadbiran Kerajaan Perpaduan supaya mengosongkan kerusi Parlimen mereka bagi membolehkan pilihan raya kecil diadakan.

Ia susulan pindaan perlembagaan parti Bersatu yang telah diluluskan sebulat suara pada mesyuarat agung luar biasa parti berkenaan hari ini.

Antaranya ialah Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Razali Idris yang mencabar enam Ahli Parlimen itu mengosongkan kerusi mereka jika mereka ‘anak jantan’.

“Alhamdulillah pindaan perlembagaan diluluskan sebulat suara oleh perwakilan Bersatu.

“Kepada 6 jahanam!!! Sila kosongkan kerusi segera kiranya kalian anak Jantan,” demikian tulisnya dalam Facebook hari ini.

Enam Ahli Parlimen terbabit ialah Ahli Parlimen Labuan, Datuk Suhaili Abdul Rahman; Ahli Parlimen Jeli, Zahari Kechik; Ahli Parlimen Gua Musang, Mohd Azizi Abu Naim; Datuk Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang); Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang) dan Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar).

Hari ini, mesyuarat agung luar biasa Bersatu telah meluluskan usul bagi meminda perlembagaan untuk melarang ahlinya daripada menyatakan sokongan kepada parti lawan.

Dalam pada itu, Ahli Majlis Tertinggi Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan pula berkata, pindaan itu penting kerana terdapat kelompongan yang telah dieksploitasi oleh enam Ahli Dewan Rakyat Bersatu.

Ahli Majlis Tertinggi Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan mendesak RoS agar segera meluluskan pindaan perlembagaan yang dianggap penting kerana terdapat kelompongan yang telah dieksploitasi. – Gambar Facebook Wan Saiful Wan Jan, 2 Mac, 2024

“Mereka menukar sokongan tapi kekal sebagai ahli Bersatu.

“Dengan pindaan ini, kelompongan itu telah ditutup. Suasana perhimpunan melambangkan betapa parti Bersatu tidak mahu lagi pengkhianat-pengkhianat ini kekal dalam parti.

“Ahli-ahli parti kecewa dan marah kepada mereka,’’ katanya yang sebelum ini mendakwa pernah ditawarkan habuan untuk menyokong Kerajaan Perpaduan.

Wan Saiful turut mendesak Pendaftar Pertubuhan (RoS) untuk segera meluluskan pindaan ini agar ia boleh dikuatkuasakan serta merta.

“Jangan ada campur tangan politik yang menyebabkan proses jadi perlahan,’’ katanya.

Sementara Ahli Parlimen Hulu Terengganu dari Bersatu, Datuk Rosol Wahid pula menyatakan bahawa semua perwakilan telah menyatakan kesiapsiagaan untuk menuntut semula enam kerusi Parlimen itu yang telah mengkhianati mandat parti.

“Keris disanding bersama tombak, diasap setanggi bunga teratai, kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi Pantai,’’ katanya yang turut memuatnaik pantun empat kerat mengenai keberanian. – 2 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Jana Wibawa: Muhyiddin’s trial continues as appeals court rejects bid to reinstate acquittal

Five-judge panel dismisses Bersatu president’s application to review findings which led to four charges related to RM232.5 mil in bribes being reinstated in Feb

Govt has settled RM42bil of 1MDB debt, total obligations exceed RM50bil: Anwar

Anwar reveals over RM9 billion in remaining debt, with government funds covering the shortfall

Related