◉ HEADLINES

EGM Bersatu sebulat suara sokong pindaan perlembagaan untuk halang ahli tukar sokongan

Mereka yang didapati bersalah mengkhianati parti bukan sahaja akan kehilangan keanggotaan malah perlu mengosongkan kerusi Parlimen

8:04 PM MYT

 

SELAYANG – Usul bagi meminda perlembagaan Bersatu untuk melarang ahlinya daripada menyatakan sokongan kepada parti lawan telah mendapat sokongan.

Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, mereka yang didapati bersalah mengkhianati parti bukan sahaja akan kehilangan keanggotaan malah perlu mengosongkan kerusi Parlimen mereka.

Langkah ini akan menyaksikan kerusi enam Ahli Parlimen akan dikosongkan sekiranya mereka memilih untuk terus menyokong pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Muhyiddin berkata, pindaan itu selari dengan Perkara 49 (a) Perlembagaan Persekutuan dan juga bagi membolehkan penggunaan undang-undang antilompat parti.

Dengan sokongan sebulat suara itu, Muhyiddin memberitahu cadangan tersebut akan dikemukakan kepada Pendaftar Pertubuhan (RoS) untuk kelulusan.

“Selepas mendapat kelulusan RoS, kita akan segera melaksanakan pindaan itu. Kami akan berhubung dengan 6 Ahli Parlimen terbabit untuk meminta pengesahan sokongan daripada mereka kepada Anwar.

“Jika mereka mengesahkan kesetiaan mereka, mengikut perlembagaan kita kerusi Parlimen mereka perlu dikosongkan,’’ katanya pada sidang media mesyuarat agung luar biasa Bersatu di Pusat Konvensyen Ideal di sini hari ini.

Enam Ahli Parlimen Bersatu sebelum ini telah menyatakan sokongan terhadap pentadbiran Anwar.

Mereka ialah Datuk Seri Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Ahli Parlimen Bukit Gantang), Azizi Abu Naim (Gua Musang), Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsa), Datuk Suhaili Abdul Rahman (Labuan), Zahari Kechik (Jeli) dan Datuk Zulkafperi Hanapi (Tg Karang).

Sementara itu, Muhyiddin berharap notis yang akan dihantar ke Dewan Rakyat akan diterima oleh Speaker.

Tambahnya, parti itu juga kini membuat persiapan bagi kemungkinan pilihan raya kecil di enam kawasan Parlimen terbabit tanpa mengulas butiran tertentu. – 2 Mac, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Govt to raise alcohol excise duty by 10% from November 2025, tobacco taxes also up: Anwar

Prime Minister says the move, announced under Budget 2026, aims to promote healthier lifestyles and reduce access to alcohol and tobacco, with additional revenue channelled to the Health Ministry

Indonesian driving licences to be recognised in Southeast Asia from June 2025

Identity cards to also serve as driving licences, police official says

Sunway-IJM proposed merger to create mega construction firm

However, the deal may put focus on Bumiputera, national interests

◉ Related