◉ HEADLINES

Bilangan kesatuan sekerja capai 759, dianggotai lebih 1 juta pekerja: Steven Sim

Steven Sim berkata bilangan kesatuan sekerja di Malaysia telah mencapai 759 kesatuan sekerja dengan keanggotaan seramai 1,030,384 anggota

4:35 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Semua pekerja diseru menyertai kesatuan sekerja bagi memastikan nasib mereka lebih diperkasakan dan terbela, kata Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong.

Dalam kenyataan hari ini, beliau berkata bilangan kesatuan sekerja di Malaysia telah mencapai 759 kesatuan sekerja dengan keanggotaan seramai 1,030,384 anggota.

Katanya, Akta Kesatuan Sekerja 1959 Pindaan 2024 berkuat kuasa pada 15 September lepas memperkasakan kesatuan sekerja di Malaysia sekali gus membolehkan kekangan-kekangan dalam penubuhan kesatuan sekerja dikurangkan.

“(Melalui akta itu), pekerja-pekerja mempunyai kebebasan untuk membuat pilihan dalam menganggotai dan menubuhkan kesatuan sekerja.

“Hasrat saya adalah untuk memastikan setiap pekerja dapat keluar setiap hari ke tempat kerja dalam keadaan sihat, memperoleh gaji serta manfaat yang setimpal, dan pulang semula ke pangkuan keluarga tersayang dalam keadaan selamat,” katanya.

Sim berkata beliau telah mengadakan lawatan kerja ke pejabat kesatuan sekerja antaranya All Malayan Estates Staff Union (AMESU) bagi memahami isu-isu yang dihadapi kesatuan.

“Komunikasi dua hala ini dapat menjadi platform bagi kesatuan-kesatuan untuk memberi input yang bernas kepada Kerajaan MADANI,” katanya. – 25 November, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

◉ Related