HEADLINES

Konvensyen PH buka tirai dengan kehadiran lebih 5,000 perwakilan, Anwar sampai amanat petang ini

Bertemakan 'Tekad Madani, Harapan Rakyat', konvensyen sehari itu memberikan fokus kepada persediaan berdepan dengan PRN dan PRU-16

11:02 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kira-kira 5,000 perwakilan dan pimpinan seluruh negara berhimpun bagi menyertai Konvensyen Pakatan Harapan (PH) 2026 dengan fokus terarah kepada persediaan jentera bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) dan Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Acara kemuncak konvensyen ialah kehadiran Perdana Menteri yang juga Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang dijadual menyampaikan amanat utama dan merasmikan kemuncak konvensyen itu pada sebelah petang.

Dengan tema “Tekad Madani, Harapan Rakyat”, konvensyen sehari yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor bermula 8.30 pagi menerusi Sesi Town Hall Sayap PH dan ucapan pengerusi-pengerusi PH negeri.

Kehadiran pimpinan utama gabungan itu dijadualkan bermula pada 1.30 tengah hari dalam Sesi Majlis Presiden, lapor Bernama.

Antara pemimpin yang dijangka memberi ucapan ialah Setiausaha Agung DAP Anthony Loke dan Presiden Amanah, Datuk Seri Mohamad Sabu serta Ketua Setiausaha Agung PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Sementara itu, amanat Anwar yang dijadualkan pada 3.35 petang dijangka menyentuh mengenai hala tuju strategik gabungan itu, khususnya bagi menghadapi PRN Johor dan Melaka yang semakin hampir, selain memperkukuh kerjasama Kerajaan Perpaduan menjelang PRU16.

Selain siri ucapan politik, konvensyen kali ini turut menyaksikan acara simbolik Penyerahan Kit Jentera Pilihan Raya sebagai simbolik kesiapsiagaan jentera di peringkat akar umbi.

Suasana di pekarangan Persada Johor pagi ini kelihatan meriah dengan kehadiran perwakilan yang mengenakan pakaian seragam parti masing-masing, mencerminkan kesatuan dalam kalangan parti komponen PH iaitu PKR, DAP dan Amanah. – 17 Mei, 2026

Topics

 

Hangat

Horror at Bangkok shopping mall as two Malaysians set on fire in unprovoked attack

A Thai man set fire to the tourists after dousing them with paint thinner, with bystanders quickly intervening to restrain him

Malaysia breaks 11-year losing streak against Vietnam with impressive 4-0 victory

The national team showed effective teamwork and fast-paced plays that kept their opponents under pressure

Malaysia pulls the plug on Kuwaiti Hornet deal after years of turbulence

RMAF walks away from costly, outdated aircraft amid rising concerns over integration, support, and long-term value

Related