PJD Link tidak dibatalkan, ditangguh untuk kaji semula jajaran di Petaling Jaya

Exco akan bertemu wakil rakyat dalam masa terdekat. Penilaian Impak Sosial (SIA) difahamkan lulus

2:07 PM MYT

 

PETALING JAYA – Lebuhraya Petaling Jaya Traffic Dispersal Elevated Highway (PJD Link) tidak dibatalkan namun ditangguh bagi membolehkan kajian semula jajaran dijalankan terutama di kawasan Petaling Jaya.

Exco Infrastruktur dan Pertanian Selangor, Izham Hashim ketika dihubungi Scoop berkata, buat masa ini kerajaan negeri belum membuat apa-apa keputusan lanjut berkaitan PJD Link.

“Keputusan kerajaan negeri simple…perlu kaji semula jajarannya terutama di kawasan PJ (Petaling Jaya),’’ katanya.

Scoop difahamkan laporan Penilaian Impak Sosial (SIA) telah pun mendapatkan kelulusan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri (PLAN Malaysia Selangor) di mana projek ini boleh diteruskan.

Mengulas lanjut, Izham berkata, kerajaan negeri telah meminta pemaju untuk meneliti kemungkinan jajaran di sebelah Petaling Jaya dapat dibuat perubahan.

“Kita dah minta mereka untuk bagi cadangan. Kita boleh tengok balik,” katanya.

Menurut Izham, kerajaan negeri akan membuat keputusan lanjut berkaitan PJD Link selepas satu pertemuan dalaman dibuat.

“Kita juga akan adakan pertemuan dalaman dengan Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) yang terlibat dengan jajaran dalam masa terdekat.”

Beliau berkata, pertemuan dalaman itu juga akan membincangkan laporan SIA yang sudah diterima ini.

“Sebelum ini kita tidak ada maklumat hasil SIA. Sekarang sudah ada, kita boleh tengok dan bantahan agak tinggi, kita akan bincang dalam pertemuan itu,” katanya.

Difahamkan bantahan, menurut kajian bertumpu kepada beberapa kawasan di Petaling Jaya.
Lebuhraya tersebut menyambungkan Bandar Kinrara ke Damansara bertujuan mengurangkan kesesakan lalu lintas di Petaling Jaya.

Mengulas lanjut, Izham berkata, kerajaan negeri juga sudah meminta supaya apa yang dibentangkan dalam Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) ditangguhkan sehingga ada keputusan peringkat dalaman.

“Kita akan cuba secepat mungkin,’’ katanya. – 22 Februari, 2024

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

Boycotted due to KK Mart name mix-up, Kedah seafood shop ‘shell’-shocked

Nur Hamidah, the owner of KK Fresh Mart in Kedah, clarified that the acronym stood for Kuala Kedah Fresh Mart, emphasising no association with KK Mart. 

LA County Coroner’s Office defers Friends star Matthew Perry’s cause of death

Authorities said they are awaiting toxicology results and further investigation with law enforcement, which could take weeks to complete, reported TMZ.

Related