HEADLINES

Ketua Polis Negara nafi laporan Ayob Khan, Shuhaily akan ‘dipindahkan’ keluar

Malah tegasnya, beliau sudah meminta Setiausaha Polis Malaysia (SUPM) untuk memanggil pemberita terlibat yang menghasilkan berita berkenaan

3:21 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Itu berita palsu.

Demikian tegas Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika ditanya Scoop mengenai laporan berita yang mendakwa Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan melakukan rombakan besar-besaran melibatkan kepimpinan tertingginya termasuk Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain.

Malah tegasnya, beliau sudah meminta Setiausaha Polis Malaysia (SUPM) untuk memanggil pemberita terlibat yang menghasilkan berita berkenaan.

“Ini memang berita palsu, tiada perkara yang macam ini (seperti dilaporkan).

“Kita tengok, kalau perkara tak betul, kalau perlu kita buat report (laporan), kita akan buat. Tiada sesiapa yang menyebut mengenai perkara ini (rombakan) sama ada kepimpinan tertinggi atau dari saya sendiri,” katanya.

Razarudin berkata, pihaknya menasihatkan kepada media supaya mendapatkan sumber yang sebenarnya berhubung perkara mengenai rombakan.

Terdahulu dalam kenyataannya, beliau berkata, PDRM telah mengesan satu laporan berita daripada sebuah portal online yang mendakwa tentang perancangan pertukaran kepimpinan tertinggi PDRM.

“PDRM ingin menegaskan bahawa PDRM tiada mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi tentang perkara yang dimaksudkan,’’ katanya.

Menurut Razarudin, pihaknya sudah menghubungi portal dalam talian itu namun mereka enggan mendedahkan identiti sumber seperti yang dinyatakan dalam laporan tersebut.

Semalam, portal berita berkenaan menyiarkan berita yang memetik sumber yang menyatakan Bukit Aman merancang untuk melaksanakan rombakan besar-besaran melibatkan kepimpinan tertinggi pasukan itu, dengan beberapa pegawai kanan dijangka dikeluarkan dari PDRM.

Sumber itu menyatakan, antara nama yang terlibat adalah Ayob Khan dan Mohd Shuhaily.

Ayob dikatakan akan mengetuai agensi lain di bawah Kementerian Dalam Negeri manakala Shuhaily dikatakan akan ke dilantik sebagai Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK). – 6 Ogos, 2024

Topics

 

Hangat

Malaysia’s longest river bridge opens, linking Sebuyau and Maludam

The RM848.75 million Batang Lupar No. 1 Bridge marks a new era in Sarawak’s coastal connectivity, replacing decades-old ferry crossings

Malaysia’s medal tally takes a dent after key sports excluded from Glasgow Commonwealth

OCM accepts decision of badminton and squash, among others, being axed from 2026 Games as organisers plan for a leaner, more financially sustainable event

US returns over US$1.37b in stolen 1MDB assets to Malaysia: Azalina

While Malaysia celebrates the return of US$1.37b in misappropriated 1MDB assets from the US, Law Minister Datuk Seri Azalina Othman Said reveals that the final tally of recovered wealth remains a moving target due to market fluctuations and complex, ongoing global court battles

Related