HEADLINES

Polis belum terima laporan penuh bedah siasat Nur Farah Kartini

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata hingga kini, pihaknya masih menunggu Hospital Sungai Buloh untuk mengeluarkan laporan lengkap tentang perkara itu

3:30 PM MYT

 

PETALING JAYA – Polis masih belum menerima laporan analisis lengkap keputusan bedah siasat tentang punca kematian bekas pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Nur Farah Kartini Abdullah, 25, yang dibunuh bulan lepas.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata hingga kini, pihaknya masih menunggu Hospital Sungai Buloh untuk mengeluarkan laporan lengkap tentang perkara itu.

“Kita belum terima (laporan bedah siasat) daripada pihak hospital,” katanya ringkas pada sidang media pelupusan barangan kes di Balai Polis Ara Damansara di sini hari ini, ketika diminta mengulas tentang perkembangan kes berkenaan.

Nur Farah Kartini, 25, sebelum ini dilaporkan hilang pada 10 Julai lepas sebelum mayatnya ditemukan di sebuah ladang kelapa sawit di Hulu Selangor kira-kira pukul 6 petang, lima hari selepas itu.

Pada 26 Julai, suspek kes berkenaan iaitu seorang anggota polis yang bertugas di Balai Polis Slim River, Perak Lans Koperal Muhammad Alif Monjani, 26, didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu atas pertuduhan membunuh wanita itu.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun dan tidak lebih 40 tahun dan tidak kurang 12 sebatan jika sabit kesalahan. – 7 Ogos, 2024

Topics

 

Hangat

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Feathers ruffled over hornbill flap – Joseph Masilamany

Why getting Sarawak’s state bird right matters more than you think 

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Related