◉ HEADLINES

Petronas tamatkan operasi di Sudan Selatan

Syarikat minyak dan gas itu menerusi PCNL telah beroperasi di Sudan Selatan sejak 2011

12:27 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Petroliam Nasional Bhd (Petronas) mengumumkan menamatkan operasinya di Sudan Selatan yang dikendalikan oleh anak syarikatnya, Petronas Carigali Nile Ltd (PCNL).

Dalam kenyataan di laman sesawangnya pada Rabu, syarikat minyak dan gas negara itu berkata, keputusan berkenaan susulan daripada pelaksanaan inisiatif dua tahun membabitkan usaha pelupusan sejajar dengan strategi pelaburan jangka panjang Petronas.

“Ini juga seiring persekitaran industri yang berubah serta peralihan tenaga yang dipercepat,” katanya.

Sehubungan itu, katanya, PCNL akan terus bekerjasama dengan semua pihak berkepentingan yang berkaitan dalam memastikan proses peralihan berjalan lancar selain mengambil kira hak pekerjanya selaras dengan undang-undang yang digunapakai, perjanjian petroleum serta dasar dan prosedur Petronas.

Kehadiran PCNL dalam industri minyak dan gas di Sudan Selatan adalah berdasarkan model syarikat operasi bersama (JOC) dengan kepentingan dalam tiga JOC iaitu Dar Petroleum Operating Co Ltd, Greater Pioneer Operating Co Ltd dan Sudd Petroleum Operating Co Ltd yang ditubuhkan PCNL bersama kontraktor perjanjian cari gali dan perkongsian pengeluaran lain.

Maklumat di laman sesawang Petronas menyatakan syarikat minyak dan gas itu menerusi PCNL telah beroperasi di Sudan Selatan sejak 2011. – 8 Ogos, 2024

Topics

 

◉ Hangat

79 candidates to fight for 28 seats in Melaka polls

Besides notable incumbents defending their seats such as Melaka CM Datuk Seri Ab Rauf Yusoh and Melaka Pakatan chief Adly Zahari, the Prime Minister’s political secretary Datuk Azman Abidin will contest his maiden election in Paya Rumput

MCA gets four seats in Melaka polls, predicts tough fight in DAP strongholds

Initially given two seats, last-minute negotiations within Barisan Nasional now lands MCA with the staunchly DAP seats of Kota Laksamana and Bandar Hilir

Red Bull’s Acosta wins MotoGP Sprint, Ducati Lenovo’s Marquez second

Third on the podium is Italian rider Marco Bezzecchi of Aprilia Racing

◉ Related