HEADLINES

Kes siasatan pemain bola bawa kerambit dirujuk pada TPR

Suspek kini dibebaskan dengan jaminan polis selepas tempoh reman selama empat hari berakhir hari ini, manakala teman wanitanya yang juga warga asing masih dalam tahanan Imigresen

12:49 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kertas siasatan melibatkan seorang pemain bola sepak amatur yang mengacukan senjata tajam dipercayai kerambit dalam perlawanan bola sepak Liga Sosial yang diadakan di KLFA Football Centre, pada 4 Ogos lalu, diserahkan kepada Timbalan Pendakwara Raya (TPR).

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Mohammad Lazim Ismail berkata, suspek kini dibebaskan dengan jaminan polis selepas tempoh reman selama empat hari, berakhir hari ini, manakala teman wanitanya yang juga warga asing masih dalam tahanan Imigresen.

“Kertas siasatan telah dirujuk ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya dengan cadangan pertuduhan di bawah Seksyen 6 (1) Akta Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958,’’ katanya dalam kenyataan.

Terdahulu, Scoop melaporkan seorang pemain bola sepak berusia 21 tahun disyaki membawa kerambit dalam satu pergaduhan yang berlaku di padang KLFA, Desa Melawati pada 4 Ogos lalu.

Suspek telah ditahan reman selama empat hari bermula Jumaat lalu bagi membantu siasatan manakala teman wanitanya berusia 22 tahun ditahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tiada dokumen perjalanan yang sah. – 12 Ogos, 2024

Topics

 

Hangat

Amarjit Singh elected UCI vice-president, a first for the nation

Cycling chief vows to strengthen Asia’s voice in global sport after historic win in Kigali

Anwar refutes report of Malaysia ceding 5,207 hectares to Indonesia

PM stresses negotiations will proceed harmoniously, denying reports of 5,207 hectares ceded

Section 233 of CMA serves purpose in multiracial society: Federal Court

Activist Heidy Quah also notes ‘higher threshold’ and ‘narrow’ application of law to protect democratic dialogue and truth-seeking

Related